27 December 2011

exam fever

bukak pesbuk si peah, terpampang status final exam is arOund the cOrner.

bukak pesbuk si rahman, pon update status yang sama.

tengok dinding bilik aku, terpampang kat jadual exam, final exam is around the corner.



semua exam exam dan exam. macam biasa, bila final exam dah makin dekat, akan terberanak dan terserlah lah spesis-spesis ganjil yang tak pernah kita jumpa sebelum nie. antara spesis-spesis ganjil yang memunculkan diri . .

SPESIS MANUSIA PANDA
spesis manusia panda ni beasanya terdiri dari spesis manusia yang keliling matanya hitam kelebam lebaman macam kena  tumbuk. ada dua sebab kenapa keliling mata diorang kehitam hitaman.
  • pertama sebab diorang berjaga 24 hours tanpa tidur stadi tak henti-henti. memang betul-betul struggle.
  • kedua, sebab diorang terlebih tido, 24 jam tido je. during stadi weeks tido aje kejenya. 
kalau masuk exam hall, sume calon dah macam zombi bermata hitam. sangat cantik dan kacak.


SPESIS PELAKON TERBAIK
spesis pelakon terbaik ni pulak sejenis makhluk ALLAH yang pandai mengganggu gugat kefokusan orang lain menggunakan skill psikologi. contoh :

  • masa kawan-kawan sibuk study, dia akan datang mencelah,"bagusnya kau Ramlah dah study banyak, aku ni apa pon tak study lagi. matila aku".
  • dalam perjalanan ke exam hall, sempat lagi jadi berlakon, "matila aku apa pon tak studi ni, tatau nak jawab ape nanti. tiru korang je la ye."   
kawan-kawan yang bendul pon percaya, lalu menghulurkan sepenuh bantuan membantu memberikan jawapan dalam exam hall sampai sanggup tak check jawapan sebelum hanta. tapi bila keluar result nanti, pelakon ni yang terhebat. highest mark. si bendul yang membantu jugak yang tercorot. sumpah ! spesis ni memang calon terbaek untuk join Pilih Kasih.


SPESIS MENTAL DISABLE
dah nama pon final exam kan, bilangan mangsa stress jangan ditanya la. melambak-lambak. semua aim 4plat. stadi last minit. dipaksa-paksa otak untuk mengingat 16 chapter untuk 8 subjek. harus terputus-putus segala wayar dalam hotak tu. dan bila wayar putus jadila macam ni . .

  • melalak sorang-sorang lepaskan tension. suara jangan tanya. dah macam katak tengah mengawan.
  • rebus text book yang ada beriban muka surat tu then minum air rebusan buku tu macam telan air mountain dew.

biasanya yang tergolong dalam spesis ni adalah budak-budak nerd yang cintakan buku sepenuh hati serta dahagakan gelaran dekan setiap semester. aku lah tu. eh tiba-tiba kan.


SPESIS TAK SEDAR KAN DIRI
ini spesis paling style dan sempoi. hanya golongan yang ada otak karat 14 je mampu tergolong ke dalam spesis ni. alkisah,, tatkala manusia-manusia lain menggila-gila studi, spesis ni akan steady merelaxkan diri mereka. ape yang diorang buat?

  • sewa keta berhari hari dan kua berjalan tak ingat dunia. reason? release tension.
  • mintak duit beriban-riban kat mak bapak, pegi holiday seminggu sepanjang study week. tak payah pikir buku atau pensel.

jangan mimpi nak join golongan ni kalau rasa kau tak cukup kebal untuk terima kenyataan bahawa kau akan mengulang paper next sem.


pssssttt . . . tolong2 ! wish me luck (: 



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

10 December 2011

free rider !


free rider is a bestfren to grup esaimen.

sebab ape aku cakap macam tu?

sebab nya bila ada esaimen berkumpulan, akan muncul lah spesis free rider. 

somtime aku terpikir, kenapa la lecturer suka bagi esaimen berkumpulan. esaimen berkumpulan bagus sebenarnya, tapi yang tak bagusnya bila ada nya esaimen berkumpulan,maka akan terberanak la generasi kaki menumpang.

itu yang paling aku tak suka. serius tak suka !

bukan nya aku busuk hati atau cemburu. tapi aku cintakan keadilan. tak aci la kan orang lain berusaha keras penat otak then spesis free rider ni yang tak buat apa-apa kerja dapat markah free-free.

hais!

sekali dua bOleh terima lagi. masuk kali ketiga melampau tuu. naek kepala suda. dah bersemester-mester aku stay kat Unimas nie, pelbagai spesis free rider aku jumpa. yang tak tahan tu, aku paling malang. dua sem berturut aku kutip free rider masuk grup aku. haih ! malang kan. haaa, kat bawah ni style free rider. check elOk-elok, mana tau, kOrang pOn salah satu antaranya. . .

1.    just tunggu arahan je. kalau member group laen tak roger pape, maka dia pon mendiamkan diri. hanya menunggu dan terus menunggu. sambil berkata seOrang diri, 
"diOrg tak bagitau papepon, selamat aku, xpayah pening2 pikir esaimen killer tuh."

2.   bila buat esaimen, macam lepaskan batuk tepi jalan. OUT OF TOPIC! memang damn ! tak pasal2, orang lain kena buat keje dye, edit semula keje die. palui kan.

3.   bila datang discussiOn, buat muka bodo. suruh buat tu TAK TAU. suruh buat ni TAK TAU. dah tu, ape yang ko tau?

4.   apabila ditanya, "peah, dah seap keje yang bg hari tu. nk buat repOrt lak ni." dengan selamba die menjawab, "oh, belOm lagi. saya tak tau nak buat cmner." pang ! hamek kau sedas pelempang.

5.   bila datang discussiOn, bergolek2 je atas lantai jadi tenggiling. baran tol aku spesis gini. orang lain penat berdiskusi, kau datang buat babak hindustan lak maen golek-golek kan. gedebuk ! hamek lagi kau sebilah penyepak. uh !

6.   hantu muka buku. member group sibuk berbincang, kau pulak boleh kusyuk wa tawadduk melayan muka buku. haih! aku pon ada muka buku jugak, jangan sampai aku lempang muka kau jadi buku, oke !

naaa ! geng free rider nie. tau menumpang jer.



Psssttt . . .sumtime aku rasa teringin gile nk jadi free rider. best kOt, every sem gOyang kaki je, markah free2 je dapat. best kan? so harapan aku, sem depan aku akan t'masuk dalam gOlongan spesis free rider. nak gak try rasa camner kan. hehe !




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

02 December 2011

Dunia Semakin Tenat

speechless !

mata juling naek ke atas. rasa macam nak cakar-cakar muka sendiri.

seriOus ! aku terkejut bila tengok video nie.

ibu berzina dengan anak.

then boleh pulak terang-terang kau mengaku.

dengan penuh bangga kau masuk tibi tayang muka riak tanda hebat.

yang si anak, dengan muka selamber , "saya ditarik-tarik oleh ibu saya."

yang si ibu pulak kononnya rindu kat suami yang dah meninggal.

boleh pulak buat pengakuan hubungan diorang memang macam suami isteri.

eh eh eh !

wat de heck ! tolong la.

boleh pulak diorang menghalal-halalkan yang haram.

tanpa rasa malu pulak tu. 

statment paling hot si ibu tu keluarkan ,

"Yang penting saya tak berzina sama orang lain,tapi sama anak sendiri."

eh , tak senonoh la kau.

dah ! aku malas nak bebel banyak tambah dosa memaki hamun kat belog suci aku.

just check it out . . .  





Pssstttt . . . . bila kita melihat berlakunya maksiat dlm masyarakat, maka cegahlah dengan perbuatan. kalau tak mampu jugak cegah lah dengan lisan. dan kalau tak mampu jugak cegah dgn hati. tapi kalau tak mampu jugak lepaskan je sedas pelempang. 





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

25 November 2011

tidak 'bullshit' sama sekali

korang tau ape tu LDR ?

dan korang tau ape tu bullshit ?

LDR means Long Distance Relationship. atau dalam bahasa ibunda kita Hubungan Jarak Jauh. manakala dalam bahasa ikut suka, kau bercinta tapi sorang di Nilai sorang lagi di Sarawak. 

Bullshit pulak kalau cari dalam kamus oxford sama makna dengan tahi atau adik tirinya najis. tapi kalau ikut teori ciptaan aku, maknanya lebih kurang macam tak boleh pakai. 

apesal?

tak percaya? 

kalau tak caya dengan teori aku, cuba korang amik tahi korang dan pakai macam pakai baju. kalau tak boleh, bermakna teori aku betul.


kembali ke niat asal. alkisahnya aku geledah-geledah selongkar belog pebret aku tak laen tak bukan, Terfaktab then terserempak la dgn entri "LDR Itu Bullshit"


bukan nak membangkang cuma nak bantah cikit je. First and foremost,aku nak declare dulu that i am operating a long distance relationship. bagi aku LDR is not bullshit tapi shuweet.

bukan semua orang boleh going on tOgether dengan LDR ni. bagi aku acara putus-putus ni actually depend kat diri kita sndiri camne kita jaga that relationship. memang banyak dugaan, sangat-sangat banyak. tapi dari dugaan tu la buat kita tambah sayang relationship tu. 


ada orang kata, tak best cinta jauh-jauh tak dapat jumpa selalu. sape kata tak best kalau tak dapat jumpa selalu. there is no problem with it. kalau jumpa selalu, tiap hari menghadap lubang hidung bua hati kau, lastly jemu tak guna jugak kan. honestly im rather enjoying a LDR. bak kata pepatah , absence makes the heart grow fonder babe!


oke about susah senang tak bersama. dats why aku kata benda ni depend kat diri sendiri. kalau kita boleh memahami, forsure everything is going okey. dah nama pon kau bercinta jarak jauh, mana boleh kau nak harap buah hati pengarang limpa kau olwez ada di sisi kau waktu susah. memang tak akan la.


so cuba-cuba la belajar gunakan teknologi. ada skype, ada yahoo mesenger. Free of Charge lagi. nak menangis bersama nak gelak bersama , semua boleh kat situ. cuma kalau nak mandi bersama tu, memang tak boleh la. hais!


dan lagi satu sape kata dia tak boleh tenangkan kita bila kita tengah tak okey. boleh. sangat boleh. we can make a call kan. and from dat call, dia boleh je bagi kata-kata hikmat dan ajaib untuk makesure kita tenang seperti sdia kala. tak de masalah. just take it easy.


even kita tak jumpa tiap hari, tapi kita stil boleh berkomunikasi dengan dengan buah hati pengarang limpa kita kan. communication is not juz about dengar suara dari sebelah sana and responding it. tapi content of communication tu yang penting. we can share bout every preciOus moment we are experiencing on a whole day to our partner. tu kan dah automatik berkongsi susah senang. simple and easy kan. 


so for me LDR bukan bullshit sama sekali. never be bullshit but olwez being shuweet for me.

aku bukan lah doktor cinta. tapi bagi aku, mencintai seseorang tu doesnt need to have physical contacts all the time but its likely both of you contacting each other in the heart. itu yang paling penting. kalau dekat sekali pon, tapi takde connection kat hati, tak de guna jugak. 



Psssttt . . . i was in love almost 6 years. tapi boleh kira dengan jari tangan, baru berapa kali je kua together sepanjang berteman tapi mesra. oke je, tak sawan pon (o,O)




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

23 November 2011

eh! eh! aku TER update belog

akhirnya . . . ter update jugak belog nie. dah dekat sebulan tak terjah belog nie. mujur takde ular buat kandang dalam belog nie.

bukan aku buzy. 

bukan jugak kekeringan idea. 

jauh sekali kehilangan nyawa. 

yang menjadi masalah ialah kesukaran hidup aku tanpa internet. 

kedengaran seperti kejakunan dan keuluan kan. but dats de fact. sila percaya. 

streamyx yang di reQuest last two mOnth, baru semalam berjaya jejak kaki ke rumah sewa aku. macam sedikit hampeh kan. 

dan disebabkan itulah akhirnya aku berjaya mengupdate belog nie dengan jayanya.


Pssstttt . . . taip entri dengan penuh semangat sambil mengembang kempiskan hidung tanda eksaited tahap dewa


thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

29 October 2011

Jangan Sampai Aku Humban Kau Masuk Lombong


tarik nafas !

hembus !

tarik nafas !

kentut !

arghhhh !

Istighfar ! Istighfar ! Istighfar !

kenapa aku perlu hidup sebumbung dengan orang KEDEKUT lagi BERKIRA macam kau.

kau sesuka hati nak pertikai , kenapa mintak duit banyak ni dan banyak tu. 

kau sesuka hati pulak tanak bayar sama macam orang lain bayar. 

boleh pulak kau check-check harga barang-barang rumah yang dah orang lain beli. 

sanggup pulak kau pertikai ke mana barang-barangnya. 

eh, kenapa kau berkira melampau-lampau sangat nie?

memang la kau tak nampak barang nya, sebab kau tak pernah amik kesah.

kau duduk rumah jadi pak tunggul, menunggu , menadah tangan , nganga mulut mitak disuap.

yang pecah otak kira duit sampai tercabut-cabut bulu hidung tu, kami.

yang tebalkan muka pegi ketuk pintu sume bilik kutip duit rumah pon kami.

tukang check barang dapur, kami jugak.

angkut beras 20 kilo berjalan balik rumah sampai berterabur segala sendi lutut kat tepi jalan tu pon semua nya kami.

kau kat rumah apa kau buat. tunggu dan tunggu. barang sampai kau guna, bila barang tak ada, kau tanya kenapa habis dan bila nak beli.

tolonglah tolong! cuba kau belajar dari wOnderpet cara untuk bekerjasama. jangan asyik nak berkira je.

apelah sangat dengan seringgit satu hari. itu pon kau nak berkira?

atau kau nak kitorang humban kau , kau dan kau masuk lombong baru kau , kau dan kau nak sedarkan diri.

hais !

Istighfar ! Istighfar ! Istighfar ! 

Puh Puh Puh !


Pssstttt . . . cari housemate harus cari yang sekepala. bila kepala tak sama, inilah akibatnya.
padan muka aku !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

19 October 2011

Renung-renungkan Dan Selamat beramal

Assalammualaikum . . . 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa hari ni aku terasa macam nak jadi penceramah, menyampaikan serba serbi sikit tentang ilmu agama yang penah aku belajar. Bak kata pujangga, sharing itu adalah caring.


Setuju ? bagus !

Teringat kuliah subuh yang aku pegi masa cuti semester dulu. Ustaz Husam, anak kepada Ustaz Baharudin Mufti Kedah punya kuliah. Lama aku peram. Hebat kan daya ingatan aku. Memang harus untuk kita sentiasa ingat benda-benda penting yang boleh kita simpan dalam tupperware untuk dijadikan bekal bila nak masuk kubur nanti.

Oke straight to the point ! first sekali dalam kuliah tu, Ustaz Husam citer pasal Islam. Katanya, kalau kita nak faham Islam, kita kena mengaji. Islam itu adalah tersangat mudah. Tak terasa mudah? Kalau nak rasa mudahnya islam, kita kena la main-main selalu.


Let say, kenapa mekanik terror repair kereta. Nak kata blajar tinggi haruslah tidak. Sebab, dia selalu repair kereta. Teap hari keje dia repair kereta je. Bagi la apa jenis kereta pon, semua dia boleh buat. Sama jugak la dengan Islam,kalau nak buat bagi islam jadi mudah, haruslah sembahyang 5 waktu sehari. Sebab sOlat tu kan tiang agama. Bila dah teap hari solat secukup waktu, takde la kita nak rasa susah dan terbeban. Sebab benda tu dah beasa. Tapi yang jadi susahnya islam tu, bila kita jarang sembahyang. Seminggu sekali je solat. Haruslah liat kan kan.

Macam-macam nikmat Allah bagi dalam kehidupan kita. Allah sentiasa check either kita guna nikmat tu dengan baik or tak. Kalau kita jaga nikmat Allah dgn baik, insya-Allah, Allah akan campak sebanyak-banyak keberkatan dlm hidup kita. Korang tau ape jadi kalau hidup kita diberkati Allah? Bila hidup diberkati Allah, rezeki pon murah, melimpah-limpah datang kat kita.

Allah kata kalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, Allah akan tambah nikmat. Kalau kita, hamba Allah tak bersyukur dengan nikmat Allah, tunggula azab dari Allah. Ada dua nikmat Allah yang selalu manusia lupa.


Pertama, nikmat kesihatan. Jangan maen2, kesihatan badan kita pon adalah nikmat dari Allah tau. Bila kita sakit, kita ingat Allah. Kita sebut Allah tak henti-henti. Kita doa kat Allah tanpa henti mitak disembuhkan. Tapi bila kita dah sihat otomatik dating penyakit ortostik, lupa terus kat Allah. Jangan kata nak doa kat Allah, nak sebut Alhamdulillah tanda terima kasih kat Allah sebab dah sembuhkan kita pon kita lupa.

Yang keduanya nikmat kelapangan masa. Kita selalu lalai dengan nikmat masa yang Allah bagi kat kita. Ingat saja-saja je Allah jadikan pagi petang siang malam? 


No bebeh no !


Masa kita yang Allah bagi tu kena bahagi sehabis molek. Kita kena bahagi masa dengan 3 cara. Kita ada 24 jam sehari, so bahgikan dengan 3. Sape rasa dia failed mathematic, penggunaan kalkulator adalah di izinkan. So kita dapat 8 jam. 8 jam yang pertama tu mesti dan harus kita gunakan untuk beribadah kepada Allah.


Daripada nikmat 24 jam yang Allah bagi tu, Allah tak mintak banyak pon dari kita, Allah mitak sekurang-kurangnya 1/3 je dari masa tu untuk kita gunakan sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah. Ibadah ni bukan nye solat semata-mata ye anak-anak. 


Bila aku mention buat ibadah 8 jam terus ada yang pengsan bijik mata tersembul keluar sebab tak sanggup nak solat sampai 8 jam. Nak beribadah ni banyak caranya, solat memang dah pasti dan wajib. Selain dari solat dan baca Al-Quran, suami tengok bini makan pon dikira ibadah tao. Pegang tangan bini pon satu ibadah. orang yang menikah mudah di ampunkan dosa. Hanya pegang tangan isteri dengan seikhlas hati dah diampunkan dosa. Arghhh ! nikmat nya hidup. Indahnya Islam. Jiwa aku mula menekan-nekan nak kawen segera.

Nikah itu satu nikmat. Orang prempuan bila menikah banyak ganjaran pahala. Orang perempuan nak dapat pahala sama macam pahala gi haji senang je, mengandung and beranak dah dapat pahala sama macam kita pegi menunaikan haji. Masya Allah ! Bila isteri picit suami tanpa suami suruh, dia dapat pahala jihad. Bila di padang masyar dapat tujuh tuala emas. Subhanallah ! Untungnya mereka yang bergelar isteri solehah. Aku nak nikah jugak ! sambil meronta-meronta.

Kepada orang-orang yang sentiasa bertaqwa kepada Allah, bila hari kiamat nanti selepas mereka dihisab, mereka akan di iring ke Syurga. Kemudian pintu syurga dibuka. Penjaga syurga sambut kedatangan diorang sambil berkata Ahlan Wasahlan, masuklah ke syurga dan berbahagialah menjadi ahli Syurga. Subhanallah !


Ciri-ciri orang bertaqwa :

  • Takut kat Allah.
  • Beramal dengan apa yg diturunkan Allah (Al-Quran)
  • Redha dgn rezeki yang dia ada
  •  Bersedia dengan hari yang akan dikembalikan.
Jadikan dakwah sebagai hiburan. Jadikan Al-Quran sebagai hiburan. Sume yang kita nak ada dalam Al-Quran. Jangan lupa, Yahudi ada 21 rancangan nak tanam islam. Salah satunya diorang set dalam mind kita as a umat islam, bahawa Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat susah. Bila umat islam tanak belajar Bahasa Arab, automatically umat islam tak dapat menguasai Al-Quran.

Korang nak tau, syurga ada 8 pintu. Pintu pertama Lailahalilallah.4 golongan je boleh masuk syurga ni, para rasul, para nabi, orang-orang yang mati syahid, dan orang yang rajin bersedekah. So, jadilah golongan yang suka menderma. Kita bagi duit kat masjid pon dah dikira menderma tau.


Wallahualam . . .



Teringat Ustaz tu cerita pengalaman beliau dapat layanan berbeza. beliau dijemput bagi ceramah under tv 9, bersama denagn Catriona Rose pelakon yang cantek molek tu. Dalam rancangan tu, catriona bercakap tak sampai setengah jam, ustaz lak bercakap hampir sejam. Catriona Rose, penerbangannya ditaja pegi balik naik bisnes clas, hotel 3 star, bayaran RM3500. Tapi ustaz yang bagi ceramah agama tu hanya diberi hamper dan bayaran RM300. Betapa rendahnya nilai ilmu agama kan.



Pssstttt . . . 7 lagi pintu syurga tu, ustaz sambung on kuliah next week nya. Tapi aku tak dapat follow up sebab aku fly back to Sarawak. Huhu !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

13 October 2011

I've Fallen In Love

Sebelum ni kalau cakap pasal Sarawak, mulut aku mesti muncung2 ke depan. Lepas muncung-muncungkan mulut, terkeluar la kata-kata kesat berbaur lucah  . . . 

oh ! tolongla Sarawak sangat bosan!
Jangan mimpi-mimpi datang Sarawak, siyes takde yang best pon.
Negeri paling mundur penah aku jumpa. Aku sanggup tinggal di felda daripada tingal kat Sarawak.

bla bla bla bla pegi blah sana . . .

Tapi tu kesah setahun lepas masa mula-mula jejak kaki kat bumi kenyalang nie. Sekarang tiba-tiba rasa macam jatuh cintan pulak dgn Sarawak. Best jugak rupanya Sarawak ni. Ingat kan takde tempat-tempat best, rupanya banyak tempat best.

Aku je yang lembab tak pandai explore. Asal keluar je aku gi kuching asal go kuching je aku keluar. 

Tapi last week lepas je aku join trip kolej allamanda gi melawat kampong budaya atau dalam bahasa penjajahnya culture village, barulah wujud kesedaran bahawa Sarawak is not so bad. 

Best jugak wOo oOo ooO! Eh, bukan best jugak lah, best sangat. Baru jelajah kampong budaya, aku da cempera teruja bagai kan, belum lagi aku jajah gunung santubong, taman Negara bako bagai. Tunggu2 saat itu akan tiba. Yeaaw !

kat kampong budaya ni la baru aku kenal cara hidup and budaya orang Sarawak yang unik. Bukan budaya je yang unik, pakaian pon unik. Paling dasat dapat tengok free show orang iban menari tak pakai spender. Alhamdulillah tak tergugat iman. Best jugak bila dapat jelajah segala jenis rumah kat sana, rumah bidayuh la, rumah iban la, rumah panjang la. Dan 1 tahun lagi akan ada rumah ketot pulak insyaAllah . Makanya bila disimpul-simpul dibelit-belitkan, kesimpulan ringkasnya, I’ve fallen in lOve with Sarawak lah ! Ooyeah !

aku sendiri tatau ape kejadahnya benda hitam tinggi nie.

dalam rumah panjang. memang panjang.


unik kan tangga diorang. harus terkencing-kencing nak turun tangga nie. gayat !

tatau ape nama benda ni. tapi fungsi die macam jejantas, jejambat, jambatan dan boleh juga jadik  jamban


abaikan internatiOnal student yang berbau WANGI di belakang tu. uh!

sila fokus pada kasut. memang tak leh blah masing2.

gadis iban, bidayuh segala bagai


jangan tatau, dalam kampung budaya pon ada waterfall babe !


style paling stylo. tangan keras macam kayu.

gambar pebret aku nie. cantek kan. what? buruk? nah amik pelempang skali

speechless ! O,o


Psssstttt . . . bila pakai pakaian sarawak, terasa diri bagaikan puteri gunung ledang. pergh ! sila lempang aku pelan-pelan.




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

29 September 2011

Oh Ibu . . .

antara ibu dengan si buah hati, mana lebih penting?

mana lebih korang utamakan?

kalau kita ditanya soalan tu, kompom , kita mesti akan jawab "eh, mestilah mak paling penting"

yeke. korang pasti dengan jawapan korang?

auta je tu. aku pon akan jawab macam tu. tapi korang sedar tak hakikat sebenarnya kita selalu memadukan kepentingan mak kita. kita kata mak kita adalah insan paling penting dalam hidup kita, tapi . . sedar tak korang . .

bila kita seronok, kita cari buah hati. tapi bila kita sedih, baru kita cari mak.

bila kita dapat result gempak, kita sibuk cerita kat buah hati kita. tapi bila kita gagal, Mak jugak yang kita cari.

bila kita happy, kita kongsi sama buah hati. tapi bila kita sedih, mak jugak yang kita cari untuk menumpang mencurahkan air mata di bahu mak.

bila nak pegi holiday, sibuk contact buah hati ajak pergi together mether. tapi bila nak hantar anak, baru nak cari contact number Mak.

bila valentine, kita bagi hadiah spesial kat buah hati. tak boleh lewat sehari pon. tapi bila datang hari ibu, kita just ucap, "selamat hari ibu". tu pon terlewat 3 hari. 

Selalu. . . ingat buah hati kita. Selalu jugak. . . Mak yang ingat kat kita

bila-bila masa di mana jua, kita sebok menelepon buah hati kita, sms buah hati kita every minutes. tapi entah bila pulak kita nak telepon Mak.

bila nampak benda cantek, benda menarik, terus kita terpikir nak beli nak hadiahkan untuk buah hati. entah bila pulak nak beli kan hadiah yang cantik dan menarik untuk Mak. 

Mak pesan, "nanti kalau dah habis belajar dah dapat kerja, boleh tak kirim duet untuk mak. tak payah banyak-banyak, lima puluh ringgit sebulan pon dah cukup." Hati mula tak keruan, otak mula sibuk bekerja, buat kira-kira. cukup ke bajet bulan depan, nak kena bagi mak pulak . hais!

Tapi kalau Mak dah takde. baru tahu erti hilang. baru tau nak menangis menjerit-jerit RINDU.

try to think . . .

sanggup ke kita suap mak kita makan. . .

sanggup tak kita cuci muntah mak kita. . .

sanggup ke kita kotorkan tangan untuk cuci lampin mak kita bila mak dah tua nanti.

mampu tak kita bersihkan najis mak kita bila mereka dah tak mampu uruskan diri mereka lagi. . .

sanggup ke kita buang kan ulat dan cuci luka kudis mak kita. . .

dan yang paling penting sanggup tak kita berhenti kerja yang gajinya beriban-riban semata-mata untuk jaga mak kita. . .

renung-renungkan. dan selamat beramal !




beliau yang terutama. beliaulah cinta hati saya. beliau juga yang sangat saya sayang. !


Psssttt . . . dah lama tak menghapdate-hupdet. tetiba kua entri penuh keinsafan kan. itu tandanya, aku tengah rindu mama aku bagai nak gila. sungguh ! gila pon tak rindu macam aku. 






thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

18 September 2011

perkara yang aku mampu dan tak mampu buat di bumi kenyalang

  1. mampu membazirkan air mata bergelen-gelen setiap hari sebab menanggung rindu yang berjuta-juta lemon. semangat? takde-takde. langsung takde. ke mana hilang aku pon tatau.
  2. tak mampu nak hapdet belog sendiri dan terjah belog orang laen setiap hari.
  3. mampu menunggu depan lappie berjam-jam loading citer korea sampai tertido.
  4. tak mampu ber muka buku setiap minit dan saat.
  5. mampu menghadap gambar suci mama abah dan adik-adik yang sama,berulang-ulang kali setiap hari.
  6. tak mampu makan makanan sedap-sedap dan menyihatkan macam kat rumah
  7. mampu bercangkung berjam-jam memberus baju, disebabkan rumah sewa yang tak de washing machine.
  8. tak mampu menonton drama korea secara online sepanjang hari cuti disebabkan takde streamyx di rumah sewa.
  9. mampu hidup dalam suasana suram dan muram semata-mata nak jimatkan letrik umah sewa.
  10. mampu hapdet entri ni dalam masa tak sampai 5 minit. almaklumla, berukband ada 1 je kat rumah nie. kongsi la der. sila pamerkan wajah simpati.

rindu mereka bagai nak pecah otak. (-.-)


Psssstt . . . nak atau taknak, secara rela atau dipaksa, dah dekat seminggu aku memastautinkan diri aku di bumi kenyalang.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

12 September 2011

Facebook Dan Sihir

sungguh aku terkejut bila baca paper Kosmo hari ni.

Tajuk depan terpampang besar pasal kisah sihir guna gambar di facebook. 

terkebil-kebil mata aku membaca. ada jugak kesah macam ni rupanya. 

budak perempuan kena sihir dengan sorang lelaki dan sorang perempuan. dua orang sekaligus sihirkan dia. memang haiwan. BABY pon tak kejam macam tu.

diorang gunakan gambar yang ada kat fb untuk sihir budak perempuan tu. menakutkan. sungguh, aku takut !

nak aku cerita lagi? tak payah mengada. nah tekan SINI, baca sendiri.

oke ! spantas kilat login FB dan tukar profile pic aku yang tak semenggah tu. muka senyum tahan kentut tukar dengan gambar lama, si katun cOmel.

walaupun aku dah private gambar2nye sebelum nie, tapi bila dah baca berita tu, hati tetap rasa tidak tenteram babe. mintak simpang ya Allah. mohon sangat dijauhkan. 

sama ada korang tau atau korang tak tau, gambar2 kita kat fb tu memang boleh dicopy paste semudah A B C, 1 2 3.

tak percaya? bukak gambar kawan2 korang, right click, then save image as. simple je, tak payah bayar cukai 6% pon.

macam selalu buat je? meme laaar. aku selalu curi gambar buah hati aku dari peshbuk dia. hehe!

oke. sekian. sambung balik tugas mengemas barang. baju bersepah2, satu hape tak packing lagi. esok pagi fly balik Sarawak.

Sumpah ! air mata aku tetiba mengalir deras bila taip perkataan S.A.R.A.W.A.K. 

boleh tak kalau aku tanak balik sana????????????!!! 





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

10 September 2011

Bezanya Kesah Tunang Zaman Dulu Dengan Kesah Tunang Zaman Sekarang


bertunang tak semestinya syok, tak semestinya bahagia bagai nak gila, paling penting tak seharusnya nak kena heboh satu dunia. brtunang ni pon leh jugak buat si gadis-gadis zaman dulu-dulu menderita, terseksa, terkelua air mata.

most of para gadis zaman dulu kala, senang nak paham golongan nenek-nenek kita dan mak-mak kita la, bertunang dan kawen bukan atas dasar cinta, tapi dah memang ditentukan oleh moyang-moyang kita. takde kapel-kapel , dating-mating, tau-tau je dah sampai rombongan merisik sambil belajar dari incik teruna. kalau yang lebih malang *biasanya ni untuk golongan lambat pickup*, rombongan tu dah balik, baru dia tau matlamat hala tuju rombongan cik kiah yang datang tadi.

"Rapeah, kamu tahu tak, sape datang tadi. itula rombongan meminang. diorang dah berkenan sangat dengan kamu. diorang dah stuju nak tunangkan kamu dengan anak diorang, si Awang."

Awang? 
sape Awang?
sah-sah si gadis terkejut beawak air, silap-silap tersedak lalu pengsan. mau tak pengsan, awang pon dia tak tau sape. jangan kata bulu idong, bulu kaki si Awang tu pon tak pernah Rafeah tengok.

cik gadis memang tak de pilihan. 1 je yang boleh dipilih-terima! tak kira la gemok ke si lelaki tu, tampan macam sampan ke, harus terima. menolak? itu adalah derhaka ! kalau nasib tak baek, harus dinyahkan dek family terchenta. jangan mimpi nak bela diri ye, Rapeah. semua dah ditentukan.

Tapi zaman sekarang lain beb lain. bab bertunang tak perlu paksa-paksa, tak perlu pasrah-pasrah. keputusan mutlak dh jatuh ke tangan si anak, bukan lagi kat ibu dan bapak. nak tunang dengan sape, kau carik sendiri. ibu bapak hilang kuasa veto. ibu sama bapak hanya perlu tunggu berita untuk pegi meminang atau terima pinangan.

see! dah tunggeng terbalik kan. dulu-dulu,orang tua-tua yan bincang-bincang, masuk meminang dulu baru bagitau kat si anak. tapi sekarang si anak bincang sndiri dengan buah hati, dua-dua ngam, baru bgtau kat ibu sama bapak. 

zaman dulu, si gadis tak kenal pon incik lelaki. tapi tau-tau dah ditunang2kan.

zaman sekarang, open beb. nak tunang, mesti kenal dulu. nak chenta2 dulu. lepas tu balik rumah bagtau ibu sama bapak, esok buah hati nak datang meminang. dan paling tak ketahuan kepala dan ekor bila ibu sama bapak pulak yang tak ada pilihan - mesti terima ! 

see ! dulu, si Rapeah tak terima pinangan Awang,harus dinyahkan dari rumah. tapi sekarang kalau ibu sama bapak tak trima, si gadis sendiri yang bungkus segala baju lari dari rumah ikut si buah hati.


zaman dulu-dulu kalau dah bertunang, harus lah mengahadap bermacam2 pantang-larang. . .

tak boleh jumpa lama, kononya orang bertunang darah manis. *patutla banyak vampire*

Rapeah tak boleh asik nak keluar rumah, takut nanti timbul fitnah. 

Kau Rapeah, tak boleh jerit-jerit, melelak-lalak tak tentu pasal, takut nanti orang kampung kata , Rapeah sewel nak kawen. 

jalan kena hati-hati, takut terobek dara. blurp! 

tidur tak boleh menonggeng, takut perut masuk angin. 

tidur terlentang pon tak boleh ! takut jin hempap. haha ! memang kurang belaja la jin tu maen hempap2 lak kan.

tapi zaman sekarang, betunang takde pantang larang,oke.

boleh berjumpa berdating lepas tunang. gaya dah macam laki bini.

boleh je pegi tengok wayang.

pegi berkhemah dalam hutan bersama.

pegi pra honeymoon ke pulau langkawi. 

zaman sekarang , muda mudi dan tuwa tuwi, guna alasan tunang sebagai lesen untuk kelua mana-mana dan bila-bila masa. 

disebabkan susah nak kelua waktu bertunang, Rapeah akan berdebar-debar tak keruan tunggu malam pertama. berdebar-debar pikirkan rupa si Awang.
malam pertama? tiba-tiba aku terbayang sesuatu dan mula rasa syok sendiri. sila tampar aku laju-laju jika korang tanak aku melalut lebih jauh.

Rapeah si pengantin perempuan menjerit-jerit malam pertama bila tengok si Awang bebulu lebat di dada mengalahkan bapak gorilla. ada jugak yang maen polis entry sepanjang malam. si Awang merayu-rayu, Rapeah malu-malu tapi mahu. dush ! jangan kau mengada-ngada imagine Awang dan Rapeah untuk part seterusnya.

tapi yang mengkagumkan, sekali je perkahwinan berlangsung, diorang akan terus hidup bahagia. walaupun hanya bertemu di malam pertama, tapi cinta yang tumbuh lepas tu tulus mulus lulus lalu kekal forever sampai ke hari nie.

tapi, zaman sekarang yang bercinta sakan sebelum tunang dan kawen pulak belum tentu bertahan lama. agaknya cinta diorang tak tulus tapi fulus. itu pasal ada yang jari masih merah dgn inai pon boleh bercerai dan berai. mintak simpang !


Pssssttttt . . . tunang ni adat je. tak semestinya tak tunang tak boleh kawen kan kan. . . berdoa selalu agar chenta aku dan dia kekal foreber. ameeen ^_^




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

08 September 2011

tOpup Dan Cukai

pernah korang dengar cukai pintu?
haa, aku pon pernah.

cukai jalan, pernah dengar?
memang harus terjun KLCC kalau cukai jalan korang taktau.

cukai kereta pulak, tahu tak?
alah bisa tegal beasa kan.

cukai topup lak, penah dengar tak?
tak penah? 

aku pon tak penah. tapi percayalah, ianya akan wujud tak lama je lagi. aku tak tipu aku berkata benar berpandukan sumber yang boleh dipercayai. kalau sumber tu tipu, nescaya menipu jua la aku.


start on 15 september ni, setiap toppup akan dikenakan caj cukai sekali.

tolong tolong ! sila tolong tenangkan aku. kenapa aku rasa badan aku seperti berotot-otot dan bertukar menjadi hijau kehijau hijauan.

apa perasaan korang kalau topup 10 hengget yang korang beli sebelum ni tiba-tiba dikenakan cukai tambahan. mesti rasa sentap sehingga terasa nak cabut segala bulu yang ada dalam hidung korang dan pajak di kedai hanphone untuk bayar cukai topup tu kan.

tak pikir ke golongan kurang kaya seperti aku yang masih merangkak menuntut ilmu, terpaksa keluarkan duit lebih untuk bayar cukai masa beli topup. 60 sen tu aku boleh beli 3 gelas air suam tau tak. cukup untuk support aku makan sehari. 

tak payah aku cite panjang. nak tau detail tengok kat SINI.


Pssttttt . . . kalau korang sayang syiling 60sen korang, sila beli stok topup banyak2 bermula sekarang. pastikan stok topup tu boleh bertahan sampai ke anak cucu. kalau sesak jugak, campak je henpon kau dlam laut, pakai public phone je. kompom tak perlu bayar cukai.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

06 September 2011

Sungguh Aku Rindu !

rumah yang asalnya riuh rendah , huru hara seminggu lalu , dah bertukar menjadi rumah yang suram dan sunyi.

habisnya syawal ke 5, maka hilangla riuh rendah hiruk pikuk dalam rumah nie.

makan malam tinggal 3 beradik. takde gaduh2 kecoh2. 

adik aku sorang tu dah balik Matric. 

sorang lagi hero balik asrama.

sorang lagi pulak dah kembali ke sekolah tahfiz. entah bulan bila pulak die nak jejak kaki balik.

tinggal la 4 beradik je kat umah. dan bila si kecoh Aja, Ajib n Alif takde, maka tiada kekecohan di rumah.

bila sunyi macam ni, mula la cecair jernih lagi suci di mata aku ni nak mengalir keluar.

RINDU. sangat amat RINDU mereka. 






sedih pulak rasa. minggu depan dah nak fly balik. berbulan2 pulak la tak dapat jumpa korang kan :(


Pssssttttt . . .uit budak2 yang suka buat kecoh, mesti kembang kempis hidung korang menahan rasa bangga tatkala kaklong membuat pengakuan jujur yang kaklOng rindu korang. suka la tu kan. 




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Kerja Suci Di Penghujung Cuti

Histeria histeria ! 

rasa nak cabut batang hidung dan semua gigi kemudian simpan dalam almari dan esok pasang balik.

pejam tak celik-celik, tinggal seminggu je lagi saat suka tiada duka bersama mak bapak tercinta. minggu depan dah kena fly balik ke tempat tumpahnya derita aku. 

para para pelajar yang dah bekukan otak selama 4 bulan dah mula cairkan otak untuk lompat masuk ke semester baru. para para sakura pelajar yang bertuah memiliki tulang yang ringan dah berhenti bekerja memerah keringat dan mula bersenang lenang di rumah membetulkan sendi-sendi yang beasanya tegak berdiri sepanjang tempoh cuti 4 bulan nie.

tinggal aku je yang tunggang terbalik, tak tentu mana ekor mana pula kepala. tatkala orang sibuk bekerja, aku sibuk bersuka ria memajukan kilang taek mata. dan bila orang sibuk bersenang lenang sambil bersedia untuk balik ke kampus, aku baru nak terketar-ketar pegi bekerja. 

bunyi macam gila tapi itu realitinya. hari ni aku stat kerja. tiba-tiba guru besar tempat aku kerja dulu, mintak aku gantikan cikgu bersalin. lagi gempak tu, aku tolong ganti untuk 5 hari je. 5 hari tu untuk kukuhkan bebudak UPSR dalam minggu terakhir nie.

so sepanjang 5 hari ni aku akan berusaha keras menjadi guru yang berdedikasi dan bukan guru yang
basi, oke!

sepanjang 5 hari ni juga, kebarangkalian untuk anak tekak aku tercabut keluar dan leher aku patah terkulai juga adalah tinggi. sebabnya aku bukan je kepong bebudak darjah 6, tapi juga bebudak darjah 1. bebudak darjah 6 takde masalah, diorang sedang dalam dilema takut akan raksasa bernama UPSR so diorang patuh dan taat je kat aku. yang letihnya bebudak darjah 1.

aku tak tau ape ramuan sebenar susu bayi zaman sekarang sehingga menjadikan kanak2 alaf baru ni terlebih hyper. aku suruh buka buku, diorang ajak aku maen. nasib baek korang comel dan korang kata aku "cekgu comel"

haha! mau koyak rabak kaen yang aku pakai tadi. 

nak muntah? pegi muntah jauh2 jangan nak muntah2 kat sini. 

dengan ukuran kemetot mereka juga buat aku menderita sakit tulang belakang dan leher sebab terpaksa tunduk bila nak berkomunikasi dengan diorang.

tapi, apa-apa pon , aku ENJOY ! *sambil angkat tangan ala-ala nora danish punya style*

muka eksaited nak pegi mengajar. spesis mulut itik.
what ?? menjengkelkan ? oke, terima kasih. 

Psssstttt . . . tido sepanjang perjalann ke sekolah, dan sambung pejam kan mata secara tidak sengaja masa assembly sebab dah beasa majukan kilang taek mata setiap pagi.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

02 September 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Sape Tau?

Nak kata aku tua sangat tidak. nak kat aku muda sangat pon tidak. sebab kalau kawen pon, aku dah boleh melahirkan baby baby yang cOmel-comel macam aku. 
tak cOmel pon? oke takpe,aku terima penuh redha.

kalau tengok kawan-kawan, sepupu sepapat yang sebaya-baya aku,most of them bila muncul nya raya akan mula mengerah tenaga mengumpul wang ringgit untuk di bagi-bagi kepada golongan pemangsa duet raya. bila tiba hari raya, tangan diorang, beg diorang penuh dengan sampul-sampul warna warni sampai semak mata aku memandang *statement jeles*. 

aku ? steady je. baju raya pon paw duet mama abah. 
duet raya pulak, serius! aku tak harap pon nak kutep2 duet raya bila dah sampai umur maced nie.

kalau nak mengharap pon, mengharap dari mama abah aku je la. tapi itula yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape tau kan. raya kali ni nak taknak mengharap, dekat tiga ratus jugak duet raya aku dapat.

kenapa?
terkejut?

aku pon terkejut kera jugak. 
yela umur aku nie sepatutnya dah kena menyumbang duet raya bukan terima duet raya. 

itula untung adik ramai. pegi beraya umah sedara mara, adik2 aku Q up nak salam sekaligus meng'collect' sampul raya, aku pun tak terkecuali dapat sampul. malu tu jangan tanyala. bila di bagi nye duet raya, sambil buat muka ayu lagi maced, aku tolak baek-baek.

"eh, tak payah la. bagi adik-adik je. kalong tak payah la,dah besar pon, malu je. hehe!" 
tapi dalam hati, wang bosar wang bOsar.

oh ! berbunga nya hati tatkala mereka berkata,

"ala amik la, lagi tak kawen tak keje memang kena dapat duet raya. nanti kalong dah kawen dah keje tak dapat dah duwet raya."

euuuwww ! kembang kempis hidung aku. menjeling je adik-adik aku, diorang penat beratur, aku lak yang dapat lebih. muhahahaha *gelak evil*

bertuah kan aku. lagi besar lagi banyak lak dapat duet raya. best best best ! raya panjang lagi nie, sesape nak bagi duwet raya, masih dialu-alukan. kecik tapak kaki, satu padang bola aku tadah.



psssttt . . . duwet raya asik habis dekat makanan, sehari lepas tu buang lak masuk jamban. huh !





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

26 August 2011

Salam Aidilfitri

pejam celik, pejam celik, 

pejam pejam pejam celik balik, 

buka tibi, iklan raya.

buka radio, lagu raya.

maknanya?

dah nak raya !

oleh yang demikian,  aku nak ucapkan Selamat Hari Raya !

dengan segala rasa penuh syukur, rendah diri . . .

  • aku nak mintak maap dari hujung kening kiri hingga hujung kening kanan kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini. 
  • juga memohon tiga ribu kemaapan kepada mangsa-mangsa yang pernah menerima kutukan dari mulut aku yang berpuaka, sama ada secara depan atau secara belakang.
  • mohon juga keampunan kalau terkasar bahasa, tersasul mengata kat korang, dan ter segala-gala ter.
  • kepada golongan terrOrist, semoga dikurniakan keinsapan untuk menjauhi segala jenis mercun yang menggunakan api. sayangilah 10 jari anda.
  • kepada pacik drebar, macik dreba, abang dan kakak dreba, sila pandu kenderaan anda berhati-hati, sayangilah kenderaan anda!
  • beringat-ingatlah ketika makan. jangan sampai berat yang turun 5kg masa bulan puasa naek 25 kg di bulan syawal.
  • sesape yang puasa berlubang, selamat menampal puasa di syawal kedua. 
  • dan tolong tolong tolong! sila jangan muntah bila tengok kad raya yang aku buat kat bawah nie.


Pssstt . . . semoga ALLAH terus memberkati kehidupan seharian kita. semoga syawal kali ni membawa 1001 kebahagiaan , ketenangan dan kesejahteraan kepada kita. jemput-jemputla datang ke rumah yo.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

25 August 2011

i gOt it !

i got it ! i gOt it ! yeah yeah yeah !

melompat-lompat , terkinja-kinja tak ubah seperti ibu kanggaroo yang sedang berlari menyelamatkan diri.

akhirnya, aku dapat kad raya yang aku idam2kan.

hais ! tidak tidak ! bukan aku pos sendiri , memang ada orang bagi.

sumpah ! ini kesah benar. aku tak tipu.

ex-student aku bagi. poswoman nya adik aku yang satu sekolah dengan dia.

biarpon takde setem tertempek kat sampul, aku tidak amik kesah. yang penting aku dapat.

baby sayang, jgn tendang2 lagi ye, mama dah dapat kad raya yang diidam-idamkan.

tadaaaa ! mempersembahkan . . . 





tak sia-sia aku mengidam kad raya . akhirnya dapat jugak. baru nekad nak sumbat kepala dalam mangkuk tandas kalau tahun ni tak dapat kad raya.
Allah masih sayang kepala hambanya ini .


Pssstttt . . . ehek, dalam ramai2 anak murid, sorang je yang ingat nak bagi kat aku. cets !




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...