30 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

semakin dekat , semakin dekat , semakin bergegar segala organ dalaman aku. 
tak sabar menanti kehadirannya. sehari je lagi Ramadhan akan datang. 
Ramadhan yang dah lama tinggalkan kita, akan datang kembali bersama jutaan hikmah dan fadhilah. 
Bak kata pepatah, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi dan ketiadaannya senantiasa dirindui. 

Hebatkan Ramadhan. 

teringat masa sekolah rendah dulu, zaman di mana hingus menjadi sahabat baik ku, sentiasa bersama tak kira di mana aku berada, mengalir tanpa henti. 
pang ! makan penampar selaju 800km/j. amik ko pengotor sangat kan.

aku sekolah campur2. tak faham campur-campur? senang cerita, sekolah 1 Malaysia. ada Aminah, ada Siew Lan, ada Deevagari , ada Ranjit Singh. anak buah Thak Sin pun ada, tapi dalam golongan minoriti la. 

Penah 1 hari di bulan puasa, si Deevagari tanya aku, 
"hei, kamu tidak rasa nak mati kah tidak makan satu hari?"

"bulan puasa, memang tak boleh makan. hampa pon ada jugak posa kan,samala macam kami"
sambil mengesat air liur yang meleleh tatkala melihat daging burger di tangan Deevagari.

"tapi kami puasa makan juga, cuma kami tidak makan daging. itu saja, kamu sampai makan tidak minum pon tidak" 
banyak songeh pulak si Deevagari ni kan.

"puasa best tau". Sambil tayang muka penuh keangkuhan.

"yaka? apa yang kamu kata best. kalau saya tidak dapat makan satu hari, saya mati. best kah itu macam" 
Hais ada jugak mulut yang nak kena sumbat dgn lidi daging burger.

Dengan penuh eksaited dan educated aku bagitau dia keseronokan puasa masa tu. . .

1. kami dapat duet kalau kami puasa. *nape bila aku dah besar aku dah tak dapat upah lagi*  Deshiiaaw! menerima satu tendangan padu

2. ada banyak makanan. mama kami masak sedap-sedap.

3. boleh pegi pasar teap2 hari dan beli air tebu.

4. kami tak takut dah nak pi kencing buang air kecik malam2 sebab bulan puasa hantu takdak suma kena ikat.

5. kami boleh main aci cup , maen sembunyi2 kat masjid waktu pi terawih.

6. kami boleh maen bunga api. kalau takdak puasa mana ada bunga api.

7. kami dapat baju baru, sebab bila habis puasa boleh raya. kalau takdak puasa, takdak la raya kami. 

8. kami dapat banyakk duet. duet upah puasa + duet raya. kaya kaya kaya.

Indah kan pengertian ramadhan aku dikala aku kanak2.
*sigh* 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tapi lagi indah perngertian ramadhan bagi aku setelah aku dewasa. 
ape yang indahnya Ramadhan di kotak pikiran aku ?

1. Ramadhan yang datang sentiasa menyejukkan hati dan membuka pintu taubat untuk aku.

2. Datangnya Ramadhan lebih mendekatkan diri aku pada ALLAH dengan penuh keikhlasan.

3. Ramadhan mengajar aku erti kesabaran. sabar dalam mengawal segala hawa nafsu yang selalu beraja di hati aku. apesal tetiba pandang sinis kat aku. nafsu yang selalu beraja di hati aku ialah nafsu MAKAN oke. sila jangan melencong ke kiri.

4. Datangnya malam LailatulQadar yang penuh dengan rahsia yang hanya ada di bulan Ramadhan. Inilah malam terindah yang selalu kita coba untuk dapatkannya. Subhanallah !

5. kita berpuasa di bulan Ramadhan, meaning dat kita melakukan apa yang disuruh olehNya dan tinggal benda yang tak elok , otomatiknya dosa kita diampunkan. Insya Allah.

6. Dengan zikir dan munajat yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan, akan terbina mahligai indah untuk kita di Syurga. Subhanallah !

7. Dan , takde hantu bulan puasa, dapat duwet raya , beli baju raya di bulan Ramadhan. ideologi itu masih membontoti aku walaupun sehingga aku dewasa. hehehe !

Pang ! Pang ! Pang ! tamparan berlipat ganda yang masing2 nya mempunyai kelajuan 1000km/j aku terima sekaligus mematikan angan2 aku untuk memiliki 5 pasang baju raya dan selonggok duet raya . 

Akhir kata penutup bicara, Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak. 
Niat puasa jangan lupa pulak tau. kalau lupa, meh sini aku nak ajarkan. .





[sesi sedekah pahala]
Psssstttt . . .  ambOi jiran sebelah aku dah mula sibuk buang perabot lama nak ganti dengan perabot baru. semangat betol kau macik Limah. Pose dah habis ganti keerrr . . . ? teeeetttss !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

29 July 2011

cOntest lOving cOuple ^_^

Awas !

entry ini mengandungi unsur 18JG. 
bagi golongan kanak-kanak bawah 18 tahun , golongan yang tidak kuat iman dan ibu2 mengandung tidak digalakkan sama sekali membaca entri ini. 
Bimbang jika ada yang mengalami gejala2 marabahaya seperti muntah hijau , geli sehingga mengakibatkan terputusnya urat kentut dan menyampah hingga terkeluar segala usus perut dan pundi pee.

oke. diz entry is about 1st contest yang aku join *nak carik duet raya*  setelah di tag oleh cik dayah yang comel lote. 

sesape nak jOin boleh klik klik kat gambar kiut miut di bawah nie








oke ! start ! heee ~









Awak oh awak . . .

Satu hari tu kan ,kawan saya bg 1 num telefon tau. Katanya, ni number budak poyo. Nama dye Afiq. Budak engineering. Cuba kaco tengok dye nak layan x. oke ! saya miscol awak. Lpastu . . .eh, awak miscol balik. Kita lawan2 miscol. Awak mesej saya,
 “who’s dat pOkemon”

maka bermula dari kesah itu la kita berbalas-balas mesej. Tapi saya tak kenal lagi mana satu awak. Satu hari tu kawan saya tunjuk kat saya, “tu la afiq yang pakai baju putih,cap hitam”.
saya dalam kereta masa tu. saya toleh nak tengok awak tapi saya tak perasan betOl-betol muka awak. 

awak ingat lagi tak, kita balas-balas mesej. Macam2 kita gado. Saya panggil awak mOnyet awak kata saya kambing.
Saya kata awak OKU (orang kurang upaya) ,
awak panggil saya KKU (kambing kurang upaya) kejam !

Saya buat voice sms kat awak. Saya bagi awak dgr berita tamil. Aik, awak pon nak jugak. awak balas balik. Tapi cian awak, awak tatau nak buat voice sms. so entah apa la yg kua dlm voice sms awak tu kan. hehe ! lawak2 ! terguling2 saya ketawa masa tu.

penah 1 hari tu kita tengok orang bunuh diri terjun bangunan kat kota bharu. awak nak kenakan kawan awak, awak tinggalkan moto awak, awak larikan kereta kitorang dengan kitorang2 sekali. Awak dgn kawan awak bawak kitOrang pi makan roti canai. Naaa ! masa tu la baru dengan jelas nya saya nampak muka awak.
Dalam hati saya masa tu, ''ceh,mamat ni memang poyo!
Buat muka sombong cam bagus.''
Puh2 lagi semangat saya nak kenakan awak yang poyo tak boleh bla tu.

Dari kes larikan kereta tu la kita macam geng sikit2. Tapi awak stil tatau saya and kawan2 yang kenakan awak.
bila saya and kawan2 accident,pada awak and kawan awak la kitorg mitak tolong.
even mulut awak dOk mengata itu ini kat kitOrg,
*masa tu rasa nak cili je mulut awak tu, bebel ngalahkan perempuan!* awak datang jugak tolong. baek juga awak ni walaupun kerek. tapi tula awak ni suka belagak bagus, suka buat muka ketat kan kan. OKU memang camtu kan ^_^ 

Awak ingat x, awak and ur fren penah bawak lari saya dengan kengkawan sampai ke ipOh,semata2 nak pi cari ekzOs moto. Memang sengal. Dua hari kitOrang tak mandi. Awak dengan kawan awak buli kami habis-habisan. Awak breakfast rOti sedap ada inti lagi, tapi dekat kitOrang awak belikan roti kering yang kena cicah dengan air. Roti orang2 tua.
bila kami tanak makan, awak bising kata x bersyukur. kejam giler la wak !

Satu hari tu awak tau saya orang yang kenakan awak. Awak kenakan saya balik. Awak buat iklan saya jual budu, tempoyak, seap iklan tuala wanita lagi. 
Awak tampal memo kat tandas asrama lelaki. Memang jahat. Awak ugut saya nak lekat kan kat sume notice bOard kOlej.
Saya merayu suruh awak stop. awak buli saya lagi. Awak suruh saya menangis depan awak dulu baru awak akan stop. eee jaat3 !

Saya dengan kawan2 accident. Awak gelakkan saya, sebab saya sembang kencang dengan awak. Awak datang melawat kawan saya yang patah kaki sambil bawak kerepek pisang. Import dari lumut kata awak. Hehe tolong la awk, tak seswai langsung. Bawak la buah ke bunga ke, ini kerepek pisang. Sebungkus lak tu. Ada ke patut, awak suruh kitorg share ramai2. Hais !

Seminggu lepas tu saya dah ada kat kampong. Kita dah tak gado2 lagi dalam mesej. Dah mula mesej baek2. 1 hari tu tetiba je awak bagtau awak datang kangar. 
Ouh ! sungguh tergezut. It was de first time u call me “sayang”
Seriuzly berbunga2 plus meremang2 bulu roma saya masa tu. Yela sebelum ni gado2 cakap kasar tetiba awak panggil sayang.
Yeaaaw :) macam mimpi.
*bergolek2 jap ala2 hindusetan kat atas katil*

Awak kena saman parking kat kangar. Dengan selambernya awak bagi surat saman tu suruh saya yang bayar. 
Bila saya tanya kenapa, awak cakap saya yang lambat sangat bersiap. dat's why awk kena saman, sebab tunggu saya lama sangat. adOyai, sabarjela. tak habis2 buli saya kan wak. 

tapi tapi tapi kan kan yang paling sweet nye kan kan stat from dat day 12.06.06, we declare as a cOuple. perfect two :)



Lima tahun dah berlalu. How do 5 years pass so quickly dear? 
i'm not sure. tapi saya hepi sangat being together with u. walaupun kita berjauhan, tapi awak sentiasa dekat di hati. 
u olwez make me happy.
and the most important thing, u olwez make me got a heart attack with ur surprise. ur life is full of surprise kan. 
but i rily like it dear.
Thanks for everything chenta :)




even kita jarang dapat jumpa2 ngedate2, sumtime just once in a year 
*tu pon belum tentu kan wak* 
but its oke darl. u r olwez in my heart taO !
the test of love is nOt when we are tOgether. it cOmes when we are nOt tOgether and realize dat despite the distance, our love is still there sayang :)




pssstttt . . . sorang utara sorang selatan , so jarang jumpa2 makanya takde koleksi gambar kami berdua bersama. kalau ada pon spesis dicantum2. hehe ! 




Tagged :
aina kiut
wanie cOmel
tuan puteri yang baek budi





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

28 July 2011

Peshbuk Peshbuk !



Sungguh ! aku tak tau ape masalah facebook aku. 
stat dari pukul 12 semalam aku tak leh nak log in. sampai sekarang still tak bOleh buka. 


selepas mendengar dan meneliti beberapa kerat nasihat yang disampaikan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, maka dengan ini dan mulai saat ini aku terpaksa menerima hakikat bahawa FB aku dengan rasminya telah bersahabat baek dengan uncle virus.


 Ouh sampai hati kau ! penat aku bela kau! ini balasan kau ye !
huh ! kecewa giler. dengan penuh semangat yang jitu, aku kuatkan iman , tak on pon Chat Box peshbuk aku semata-mata tanak peshbuk aku berkawan dengan uncle bairuz. tapi akhirnya kau pergi jua. selamat tinggal peshbuk ku .
*sambil mengesat air mata dan air hidung yang tak henti-henti mengalir*. 










tapi kesah itu berlaku 5 minit yang lalu. . . 








keajaiban berlaku. tetiba baru nak pOst dis entry, saja gatai rindu kat peshbuk lama, try login again. dan hasilnya . . . . . 


meoooow ~ dia datang kembali. hehe ! lega. semangat je create peshbuk baru kan. hais !






psssttt . . . singa nak mengaum kuat malam ni. ta sabO nengOk  ^_^



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

27 July 2011

Wordless Wednesday






s . O . S . w . E . e . t  ^_^



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

26 July 2011

Bila Nenek Menjadi Remaja

satu hari di saloon butterfly . . .

"amoi, nanti u tolong i pilih warna naa. tengokla yang mana sesuai dengan i. tapi tak mau la kaler yang terang-terang macam pink ka ungu ka takmau la. satgi orang kata burung merak pulak kat i. kaler yang bagi nampak muda sikit la"

dalam hati aku . . . 
"pergh orang tua makcik nie, dasat. tak letak warna atas kepala pon memang macam merak dah aku tengok. tak padan dengan tua lanjut usia"

si amOi menjawab . . . 
"boleh boleh. apa pasal u ada event ka?"

*aku masih seperti tadi usah atas bawah , tengok muka orang tua makcik tu sambil meneka-neka umur dia.*

orang tua makcik tu menjawab dengan irama yang boleh buat aku termuntah hijau . . .
"dok dok, i nak ikut husband i pi Key Hell esok pagi. baju pon i tak kemaih lagi nie. ingat nak cari baju sekali kat the store satgi."

"pergh! nak p Key hell je pon, sampai nak beli baju nak saloon rambut segala. belum lagi pi London tu. gamaknya kalau  nak pi London mau buat plastic surgery terus hape." 
sekali lagi aku sedekahkan pahala kat orang tua makcik tu.

bla bla bla . . . da seap rambut dia. wallah ! tatkala makcik tu berdiri . . . 
OMG ! dressing dia. phewwiiit ! 
meOooow. . kucing yang mengiau bukan aku oke. uh ! seksi. legging siut. memang la dia pakai blaus paras peha (leher mau V shape), tapi mai tang legging tu. Ouch, mau leleh air mata aku. bukan tergoda tapi terseksa mata aku melihatnya. legging pink lagi tuh. alahai orang tua makcik . . . 

oke ! sampai turn aku. macik tadi dah ke bahagian seterusnya untuk memproses rambut dia. auntie gunting rambut ni memang ramah, suka sembang-sembang. dah alang-alang sembang, saja aku tanya auntie tu . . .

"auntie, macik tadi customer tetap auntie ye?"

"hOo la . selalu datang cuci rambut sini meh"

"bape umur dia auntie?"

"rasanya around 55-58. tua manyak dari saya lo"

gluuupp 55-58? gilak la. dressing tak padan umur. tutup topik tu. sembang pasal laen lak dengan auntie. tapi kepala yang mengandungi otak yang telah ALLAH pinjamkan kat aku masih legi berputar-putar memikirkan sesuatu mencari konklusi . 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah nasib baek la mama aku opah aku nenek aku tak seperti itu. Syukur21 !

yang jadi masalahnya, bila macik-macik ni yang dah layak dipanggil opah perasan bahawa mereka masih remaja. dat's why diorang sanggup pakai pakaian yang menonojolkan gaya dan perwatakan remaja. buruk la macik siyesly buruk. aku tak paham kenapa segelintir wanita-wanita tua berusia tak nak terima hakikat yang diorang dah tua. kenapa perlu diorang berpakaian mengalahkan orang muda. rasanya , walaupun diorang tua , diorang masih tetap ada kecantikan dan keanggunan yang tersendiri.

perlu ke wanita yang yang umur dah senja gayakan fesyen yang tayang-tayang ketiak ? 


please la ! aku berani potong kuku, tak ada mata yang akan tertawan memandang ketiak yang berkedut seribu tu. sungguh aku tertanya-tanya, terpikir-pikir, perlu ke seseorang yang dah berstatus opah , nenek , granny  maktOk , pakai seksi, ketat dengan pesyen tayang betis tayang peha yang kelihatan seperti kaen berkedut seribu? 

tutup seluruh tubuh dan pakai tudung litup tak semestinya menunjukkan seseorang itu warak dan ada iman yang kukuh. tapi dat's more better daripada tayang segala benda-benda kecut dan mengerikan. tolonglah macik-macik ! jangan cemarkan keindahan alam kita dengan pemandangan yang mengerikan tu. 




senang citer, tak salah kalau nak sentiasa cantik. tapi bab pakaian tu biarlah beragak. ni sampai tahap pakai singlet, pakai legging, pakai skirt pendek, memalukan diri sendiri je. pecaya lah, kalau makcik-makcik pandai pilih pakaian yang sesuai dengan tahap usia, for sure macik-macik akan kelihatan anggun dan cantik dipandang. pacik-pacik kat rumah pon kompom tak cari laen punya.


pssssttt . . . menyampah dan mual tengok dua tiga orang artis wanita TUA kat malaysia ni yang berpakaian seksi bagai. nak muntah aku tengok diorang. rumah kata pergi kubur kata mari pon tak sedar-sedar lagi nak pakai baju yang cukup kain. hais !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

24 July 2011

stOry of love

Hari tanpa kata . . . hanya gambar menerangkan segalanya  . . .






















Ouh ! Its really meaningful . 

THE END ^_^


thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

23 July 2011

Andai Ini Ramadhan Terakhirku



Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.

[Hadith riwayat al-Nasaai]



Berdebarnya hati ini menanti-nanti kedatangan bulan yang mulia, bulan yang dirahmati, bulan yang selalu kita rindui bulan Ramadhan. Bulan yang disediakan Yang Maha Esa untuk hamba-hambanya dimana segala amalan dilipat ganda, bulan dimana kita bebas dari godaan syaitan, juga  bulan dimana peluang untuk kita memperbaiki diri terbuka luas. Subhanallah, besarnya rahmat bulan Ramadan hingga setiap detik Ramadan ingin aku isi sebaiknya.


Datangnya Ramadhan mengingatkan aku pada arwah wan yang tersayang yang pergi bertemu Penciptanya sebelum sempat menyambut Ramadhan bersama. Pilunya hati ini tatkala orang lain gembira menyambut Ramadhan, aku sambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang penuh kehibaan. Terlintas sejenak di benak fikiranku, bila-bila masa saja ajal akan datang menjemputku jua untuk bertemu Yang Maha Pencipta dan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terakhir buatku.

Seandainya Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terakhir buat ku, aku akan berusaha untuk meniti titian Ramadhan ini dengan penuh rasa cinta kepada Kekasih ku Allah SWT. Tiada lagi kealpaan yang akan cuba untuk menggangu rohani dan jasmani ku. Akan aku titipkan rasa penuh keikhlasan untuk tunduk dan sujud kehadapanNya.

Jika Ramadhan yang ku lalui sebelum ini penuh dengan kekurangan, kealpaan , calitan-calitan dosa, maka Ramadhan mendatang yang bakal aku tempuhi hanya akan aku penuhi dengan amal kebaikan sebagai persediaan melengkapkan bekalan aku menemui Yang Maha Esa di sana nanti.


Tiada lagi kemewahan yang aku kejar, tiada lagi yang perlu aku lebih-lebihkan. Yang ada hanyalah rasa penuh kesyukuran atas nikmat yang telah Allah berikan iaitu peluang untuk aku bernafas di muka bumi ini.

Andai Ramadhan sebelum ini aku isi dengan keseronokan dunia, tapi kini tiada lagi. Malam ku akan aku isi dengan bertarawih , Qiamulail , dan bertaubat sepenuhnya. Sesungguhnya dosa yang pernah aku lakukan tak terhitung banyaknya.

Hanya satu yang aku impikan di penghujung Ramadhan ini, iaitu Lailatul Qadar. Akan aku buru Lailatul Qadar buat kali yang terakhir. Insya ALLAH.

Aku hanya lah hamba Allah yang lemah yang sering terleka menikmati keindahan dunia yang hanya sementara. Namun aku masih mampu untuk berusaha meminta belas pengampunan dari Nya.











thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

20 July 2011

Saya Dari Universiti Malaysia Sarawak

sedang aku giat berjalan-jalan , bergOlek-gOlek di blOg-blOg lain, terjumpalah aku satu segmen yang macam seronok-seronok . maka dengan penuh semangat yang berkobar-kobar lagi berjitu-jitu aku juga menurut serta dalam segmen itu
*ayat skima tunggang dan langgang adalah wajib* 

segmen apa? cekkitdaut ~

Organized by Incik Suhazli

Nama panggilan : wawa . pieQa . wapieQa *macam2 ada*
Universiti : Universiti Malaysia Sarawak
Kolej : Allamanda
Course : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan & Pemasaran
(Faculty Of Economics and Business)

aku baru masuk tahun ke dua . sesungguhnya sangat tidak sabar untuk grad . bOleh terus kawen *gedik kan* . yeayeah !


Psssttt . . . bOleh kenal-kenal dengan blOgger UNIMAS . ^_^


thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

19 July 2011

Perihal Aku Si Penanam Anggur

cuti semester dah 2 bulan berlalu. otak aku dah semakin membeku *akibat terlalu banyak tidur*. di saat kawan-kawan aku yang lain gigih bekerja mengumpul wang poket sendiri, aku hanya mampu membuka perusahaan anggur di teratak tercinta. bukan lah aku nak tangisi nasib bukan juga aku nak salahkan takdir, tapi disebabkan nasib malang aku itu la aku terpaksa membuka perusahaan tanaman anggur yang tak berapa nak bagi hasil lumayan.

target aku cuti 4 bulan ni aku nak bekerja berbakti berusaha gigih mengumpul wang poket tanpa mengharapkan belas ihsan bonda ayahnda tercinta. start cuti dulu kala, aku kerja kat bookstore, tapi 2 hari je keja, aku angkat kaki. mengade kan aku, tak boleh susah sikit. *huh ! sila tampar aku lelaju*

rezeki datang bergolek, dapat offer jadi cekgu. dengan penuh jaya aku menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa dalam melahirkan wira-wira negara *sebelum aku lebih merapu sekali lagi tampar aku lelaju*.


tetapi hidung aku yang tak berapa nak mancung gagal menghidu bau malang yang datang kat aku. eksiden ! uh ! tanak sebut. tanak ingat ! disebabkan kisah tragis yang menimpa aku, aku troma tak boleh drift drive lagi, so aku terpaksa letak jawatan. uh sangat sayang kot. baru nak pupuk kasih sayang dengan anak-anak didik. dah terpaksa berpisah. sesungguhnya sangat berat hati aku. bukan senang nak dapat keje yang tak susah sangat tapi income yeeeuuw yeeuuuww. 2 minggu setengah keje, aku dapat 800 hinggit. kalau sebulan? kalau 4 bulan ? amik kalkulator kira sendiri. keje tak susah pun, mengajar je. 7.30 pagi pegi sekolah, 2.30 balik rumah. kelas pon tak pack. paling banyak sehari 4 period je. sangat rileks kan. tapi apekandaya nasib tak menyebelahi. 


sekarang ape aku buat. tak buat ape. duduk rumah je. hari tu mula-mula macam best la. makan tido je keja aku. bahagia giler. tapi bila dah lama-lama mau bersawang otak aku ni terperap dalam rumah je, berkawan dengan penyapu, mesin basuh, sunlight, telebisen, uh ! tak best la kawan ngn korang. nasib baek ada darling streamyx, best fren eva . haha ! *gelak evil*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 pagi bangun dalam keadaan terkejut mendengar pekikan dan laungan frOm bonda FM. uh ! berdesing. 

iOn baju mama, baju abah, baju adik . 

prepare brekfast *kadang-kadang* . 

bila semua dah keluar, buka 8tv then aku continue dating dengan my huggie . best! 

habis dating dengan my huggie, dating lak dengan abg washing mashine . 

curang jap dengan abg washing machine, pegi ngedate dengan si penyapu. 1 rumah aku godek . 

abg washing machine dah stat jeles tengok aku bermanja dengan pakcik penyapu, mula la jerit-jerit panggil aku. terpaksa la dating pulak dengan pakcik penyidai.

bergosip dengan cik Sunlight sambil menyanyi riang.


buka lappie, facebOok, blogwalking sampai tertido . 

alarm bunyi, keluar ngedate pulak dengan si periuk, si dapur dan si kuali *3 sekaligus aku layan*

layan sinetron sambil menghadap lappie . 

layan Marimar (tamat suda) *fokus*

layan si jundai sambil melipat baju. 

bila malam pejam mata tidur. 

esok bangun ulang balik benda yang sama. bOring kan. serius sangat boring. segala perabot dalam rumah ni pon boring nak mati tengok muka aku yang tak semenggah ni setiap hari. uh ! sabau jo lah kan .

pssssttt . . . online sampai lebam ! (◑‿◐)




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...