16 July 2011

sharing is caring II



Masa begitu pantas berlalu.Sya’ban pula telah melabuhkan suku tirainya.Ini bermakna BULAN RAMADHAN semakin hampir.Namun begitu..marilah kita menjenguk sejenak tentang Nisfu Sya’ban yang masih menjadi kesamaran bagi sesetengah masyarakat kita pada hari ini.

Menjadi kelaziman bagi sebahagian penduduk Malaysia dan nusantara sekitarnya melakukan ibadat khusus pada malam tersebut.Antaranya membaca surah Yasin secara beramai-ramai sebanyak 3x.Surau dan Masjid pasti akan dilimpahi jamaah pada malam tersebut.Sekali sekala nampak meriah juga.Tapi kalau setiap malam berduyun-duyun jamaah yang datang…alangkah meriahnya!!!!

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Jadi..marilah kita mengambil kesempatan khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan.Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Nabi SAW.Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x.Itulah yang salah.

Adalah lebih baik kita membaca Yasin 1x secara bertenang-tenang beserta dengan kuliah ” APA ITU NISFU SYA’BAN “…Rasanya itu lebih baik daripada membaca Yasin 3x dalam keadaan kelam kabut dan tunggang langgang,melanggar segala hukum tajwid dan berkejar-kejar antara makmum dan imam.
Ayuh..!!!! pilihan ada di tangan anda.Marilah kita sama-sama memperbaiki kepincangan budaya dikalangan orang melayu supaya amalan yang kita buat secara berterusan,ada sandaran yang jelas dan tepat.Bukan hanya dengan mengikut membuta tuli tanpa ilmu yang sewajarnya.



full sOurce frOm blOg Ustaz Rahim Nasir


malam ni buku amalam kita di bawa ke atas dan kita akan dapat buku baru. semOga dengan buku baru ni amalan kita akan bertambah baek dari sebelum ni. 
insya Allah :)








thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

6 00 orang sedang berbuenO:

Mr.Superman said...

betul tu..kita2 ni hny bt ibadah ble ada nya hari2 mcm ni.lain2 hr bt lpe jee apa yg disunatkn.perkara wajib pun dilalaikn.bt peringat bersama. :)

✿ cik pieQa ✿ said...

stju dgn abg stalker. igt nk buat ibdh time t'tentu je kan. xpe2 ssama2 la kita igt m'p'ingti kan :)

hananotgojes said...

suka entri ni. ilmu perlu dikongsi kan. terima kasih. tak lama lagi nak Ramadhan.. ah lan wa sahlan ya Ramadhan :)

✿ cik pieQa ✿ said...

saya pon suka. info ni pn saya share dr blOg ustz rahim nasir. camat mnyambut ramdhan Al mubarak :)

Unknown said...

semoga ramadhan kali ini akan mejadi lebik bermakna dari ramadah lepas...semoga tak ada lagi kes2 menjatuhkan negara di bulan puasa ini..amin...

Lawat ZouL: Aku Punyer Lah!

✿ cik pieQa ✿ said...

Zoul : i'Allah :) selamat mymbut Ramadhan Al-mubarak .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...