26 August 2011

Salam Aidilfitri

pejam celik, pejam celik, 

pejam pejam pejam celik balik, 

buka tibi, iklan raya.

buka radio, lagu raya.

maknanya?

dah nak raya !

oleh yang demikian,  aku nak ucapkan Selamat Hari Raya !

dengan segala rasa penuh syukur, rendah diri . . .

  • aku nak mintak maap dari hujung kening kiri hingga hujung kening kanan kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini. 
  • juga memohon tiga ribu kemaapan kepada mangsa-mangsa yang pernah menerima kutukan dari mulut aku yang berpuaka, sama ada secara depan atau secara belakang.
  • mohon juga keampunan kalau terkasar bahasa, tersasul mengata kat korang, dan ter segala-gala ter.
  • kepada golongan terrOrist, semoga dikurniakan keinsapan untuk menjauhi segala jenis mercun yang menggunakan api. sayangilah 10 jari anda.
  • kepada pacik drebar, macik dreba, abang dan kakak dreba, sila pandu kenderaan anda berhati-hati, sayangilah kenderaan anda!
  • beringat-ingatlah ketika makan. jangan sampai berat yang turun 5kg masa bulan puasa naek 25 kg di bulan syawal.
  • sesape yang puasa berlubang, selamat menampal puasa di syawal kedua. 
  • dan tolong tolong tolong! sila jangan muntah bila tengok kad raya yang aku buat kat bawah nie.


Pssstt . . . semoga ALLAH terus memberkati kehidupan seharian kita. semoga syawal kali ni membawa 1001 kebahagiaan , ketenangan dan kesejahteraan kepada kita. jemput-jemputla datang ke rumah yo.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

25 August 2011

i gOt it !

i got it ! i gOt it ! yeah yeah yeah !

melompat-lompat , terkinja-kinja tak ubah seperti ibu kanggaroo yang sedang berlari menyelamatkan diri.

akhirnya, aku dapat kad raya yang aku idam2kan.

hais ! tidak tidak ! bukan aku pos sendiri , memang ada orang bagi.

sumpah ! ini kesah benar. aku tak tipu.

ex-student aku bagi. poswoman nya adik aku yang satu sekolah dengan dia.

biarpon takde setem tertempek kat sampul, aku tidak amik kesah. yang penting aku dapat.

baby sayang, jgn tendang2 lagi ye, mama dah dapat kad raya yang diidam-idamkan.

tadaaaa ! mempersembahkan . . . 





tak sia-sia aku mengidam kad raya . akhirnya dapat jugak. baru nekad nak sumbat kepala dalam mangkuk tandas kalau tahun ni tak dapat kad raya.
Allah masih sayang kepala hambanya ini .


Pssstttt . . . ehek, dalam ramai2 anak murid, sorang je yang ingat nak bagi kat aku. cets !




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

24 August 2011

Makhluk Allah Paling Kejam

masih terngiang-ngiang di telinga.

masih menari-nari di kotak minda.

berita dalam buletin utama sehari dua yang lepas bersamaan 23 Ramadhan.

berita basi? 
tidak tidak! belum basi, teap pagi aku panaskan, masuk dalam microwave,bila malam aku simpan dalam peti ais.

 its about dua orang budak meninggal kena langgar then ditinggalkan.

budak-budak tu dalam perjalanan balik dari sekolah. fakta paling penting mereka adalah pelajar sekolah rendah. ulang suara, pelajar sekolah rendah ! kebarangkalaian mereka masih belum akal baligh adalah tinggi. jadi mereka masih suci dari dosa.

dan fakta paling menyakitkan ialah, nate bewok yang langgar budak-budak ni, cabut lari macam tu je tanpa ada rasa bersalah.

Si ibu dalam buletin utama, menangis sebak, meminta agar makhluk Allah paling kejam tu bertanggungjawab.

antaranya . . . 
"baye ke kalo awok yang jadi mangso. mesti awok sedih key, awok keno langgar, oghe tak tanggungawab."

"berat doh nie, awok langar anok saya, awak tinggal gitu jah"
dan banyak lagi. tak ingat !

sedar tak sedar, meleleh air mata aku tengok.

terbayang aku duduk di tempat makcik tu. anak kecik lagi. seminggu je lagi nak raya. dia terpaksa b'depan dengan kematian DUA orang anak sekaligus. 

ajal maut di tangah ALLAH. dah sampai waktu budak-budak tu. 

ya ! meme laa, ajal maut di tangan ALLAH. tapi yang tragis sadis sampai berkudis, bila mereka dilanggar dan kemudian si makhluk ALLAH paling kejam tu blah macam tu saja.

mana rasa perikemanusiaan kau si drebar. Tak rasa bertanggungjawab ke, dah langgar orang sampai mati. langgar orang ye, bukan langgar ayam. kalau langgar setakat tercabut kuku,tercabut bulu hidung je takpe lagi kalau kau nak run pon, tapi kau dah langgar budak-budak tu sampai mati. Terkuat dan tergagah lagi kau tekan pedal minyak pecut larikan diri. Kalau aku yang langar tu, mau tercabut kepala lutut dan kepala hOtak aku, menggigil ketakutan. hebak hebak, kau  memang hebak!

ikut hati, nak je aku doakan moga kau pulak yang jadi mangsa hit and run lepas ni. tapi mama aku kata, tak baek doakan camtu. tanak la jugak nanti cik ungu yang suka membebel tu kata aku biadab. Takpe aku tarik balik doa tu. tukar kepada yang lebih beradab.

aku doakan moga ALLAH jatuhkan balasan yang setimpal untuk kau dan ALLAH turunkan hidayah agar kau insap.

kepada makhluk ALLAH yang perihatin. yang baca kesah sedu sedan ni, sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada dua orang adik tu ye. semoga adik-adik berada bersama orang-orang yang beriman di sana.


Pssstttt . . . pernah terlanggar orang, terus tak boleh gerak. hang satu badan. duduk sengap dalam kereta tak leh bergerak. tp dalam 5 minit jela. nak mintak penerajang ke, dah langgar orang, gi duduk lepak lama-lama pulak dalam kereta.





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

22 August 2011

Mengidam Kad Raya

sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari yang ke 22 kita berpuasa.

maknanya, tinggal tak kurang tak lebih dalam seminggu je lagi nak raya.

buka inbox mail yahoo. amboi, meleret-leret e-card raya *bajet artis fofular*. ada yang seap hanta lagu raya tru emel. hais terharu tersuke. heee~



buka pulak peshbuuk. kad raya lagi. macam-macam application kad raya ada. dah macam astro, macam-macam ada. tinggal tekan confirm atau approve je kalau nak tengok. tak cukup dengan itu, buka notification, kena tag pulak kat gambar2 kad raya.

belek pulak hendpon. wah2 kau kiah, leman ! semangat nak beraya. belum lagi habis puasa, dah ada yang anta mesej raya mitak maaf zahir sekali dengan batin nye. semangat kau kiah , bersungguh kau leman.



tapi bila pi ziarah peti surat depan rumah, hampa!
teap hari, tatkala mendengar deruan enjin motosikal merah ex5 berhenti di depan rumah, pasti hati, jantung, ginjal serta pundi kencing aku melonjak-lonjak eksaited mengharapkan sesuatu. tanpa secalit pon rasa jemu, aku ulang alik menziarah peti surat, mengintai kalau-kalau ada kad raya versi ikhlas datang kat aku. tapi sampai ramadhan yang ke 22 ni, satu habuk pon takde.

kenape nie kenape. tahun lepas dapat jugak sekeping. gumbira bagai dapat emas seketol. tapi tahun nie. . .
oh tidak !

bukan aku tak hargai kad raya yang diorang hanta melalui emel, peshbuk, hendpOn. tapi rasa tak meriah kan kalau takde posmen anta kad raya. mengidam-idam aku nak kad raya yan abg pOsmen anta. sesape yang ada belas ihsan dan simpati, sila anta kad raya untuk aku. *giler desperate*

makin maju zaman nie, makin pupus kad raya tangan dari abg posmen. 

rindu pulak aku zaman kanak-kanak hingusan, berebut-rebut nak beli kad raya 5 keping dua hengget. 
bertenggek kat meja tulis sampai 3 hari 3 malam, gara-gara memikirkan sape kawan bertuah yang akan aku pilih untuk menerima kad raya chantek dari aku. hais kad raya kad raya. sungguh, aku sangat menginginkan kamu.

paling best setiap kad raya, mesti nak sumbat pantun. memang tak boleh bla. 

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
kau ingat, kau je nak kad raya. aku pon nak tau. dah terima tu pandai2 la balas balik.

pecah kaca pecah sampan,
sudah baca harap simpan.
penat tu aku beli, aku tulis, dah dapat tu pastikan simpan elok2! raya nnti aku nak datang check.

pen merah pen biru,
i anta kad ni sebab i sayang kat u.
euuuw ! style kan pantun raya dulu2.

pen biru pen merah,
raya nanti jemput datang ke rumah.
haha ! kacak !

ikan talapia ikan patin,
mohon maaf zahir dan batin.
haa yang ni pantun wajib. semua kad musti aku tulis pantun nie. 




best kan dulu-dulu. sekarang kad raya semua elektronik. semua orang nak berjimat sebab tak payah beli setem. kad raya oohh kad raya.



psssttt . . . baby dalam perut aku dah menendang2 mintak kad raya. perlukah aku beli sekeping, kemudian pergi ke pejabat pos dan pos ke alamat rumah aku. dengan itu, hilang la rasa mengidam nak kad raya kan. desperate tahap melampau.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

20 August 2011

C . I . N . T . A . S . I . G . A . D . I . S

Cinta . . .

bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. 

dan seandainya cinta hanya menyebabkan kau membuang air mata, tinggalkan cinta itu. 

Kenapa? 

sebabnya adalah, air mata yang tumpah pada detik dan ketika ini, secara logiknya akan terus berterusan tatkala kau hidup bersama dengan insan yang kau cinta.

kalau dia menyintai kau, kenapa mesti buat kau menangis?

andai benar dia sayangkan kau, kenapa harus menjadikan perasaan kau sebagai alat permainan?

yes ! mungkin dia hanya ingin bermain dan mengisi masa lapang nya untuk menguji ketabahan kau.
tapi, sedar tak kau, bahawa sekarang bukan masanya yang sesuai untuk kau bermain. 

Sape dia sesuka suki cuba untk menguji ketahanan kau? 
padahal kau sendiri ada tanggungjawab yang lebih besar untuk masa depan kau yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

kata mereka pakar-pakar cinta,
"cinta yang suci murni serta tulus mulus tak memerlukan air mata tapi yang diperlukan hanyalah tertawa ria"

hubungan yang harmoni, yang penuh kompromi biasanya akan bergerak atas landasan yang tenang. tapi seandainya hanya ada sengketa dan air mata yang menghiasi hari, ianya umpama perjalanan yang tersekat-sekat di atas landasan yang bengkang bengkok dan tiada hala tuju mahupun matlamat.

Sambutlah kedatangan cinta dengan penuh kegembiraan. 
tapi seandainya cinta itu hanya membuatkan hati kau gelisah dan hilangkan tumpuan kau terhadap ALLAH Yang Maha Esa, lepaskan cinta itu dengan serela hati. Kau masih mampu untuk membina semula cinta baru yang lebih kukuh. 

boleh ke? 

mampu ke? 

masih ada lagikah cinta yang baru?

Yes ! for sure ada. tapi jangan kau bermimpi mencari cinta umpama Laila dan Majnun.sebab semua itu dah tak ada lagi. Jangan pulak kau mengharap kan kesetiaan bagai Romeo dan Juliet. kesah itu hanya sesuai untuk zaman dahulu kala, zaman ibu bapa, zaman datuk dan nenek kita tatkala tak banyak perkara yang perlu di kejar-kejar dalam hidup. 

tak payah kau terlalu taksub dengan cinta. 
tak perlu kau terlalu asyik membuang masa dengan cinta air mata. Cinta yang harus kau miliki adalah cinta yang dapat memotivasikan kau untuk menghambat mengejar kejayaan hidup kau. 

ya ! absOlutely, cinta memang tiket untuk rasa disayangi tapi jangan sampai cinta itu mengheret dan menyeret kau untuk membenci diri sendiri. 



 cintailah cinta seadanya . . .






thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

19 August 2011

Sukar Untuk Dimengerti

Duhai hati. 
sungguh aku tak faham. sangat-sangat tak mengerti. langsung tak understand. kenapa kadang-kadang susah nak memahami manusia. 



wahai manusia. . .

bila aku kata suka, aku betul-betul suka. tapi kau, betul ke kau suka, atau kau hanya suka-suka.

kau mintak aku setia, tapi kau berpura-pura. 

bila aku kata aku sayang, aku akan setia dan percaya. tapi kau, rosakkan segala yang aku percaya.

bila aku terpedaya, makanya pasti aku trauma. takut diperdaya lagi untuk kali kedua.

ada kau mengerti semua tu?

the answer is no. WHY?

sebab kau tak merasa apa yang aku rasa.

bila takde si percaya, tunggang langgang semuanya.

setiap hari penuh dengan rasa curiga syak wasangka.

im tired of it. sungguh aku penat.

kau minta aku percaya. kau minta aku kembali mencinta.

aku berusaha. aku mencuba. dan aku berjaya. 

segala negatif aku tukar menjadi positif. segalanya tentang kau adalah positif.

bila aku percaya segalanya, kau tanam semula syak wasangka dan curiga dalam hati aku.

susah ke untuk kau buat aku yakin dan percaya. susah?

fine. kalau susah , jangan lagi kau mintak untuk aku percaya. 

jangan lagi kau harap untuk aku berusaha.

kekalkan apa saja yang aku rasa dan kekalkan saja cara yang kau ada. 

tak perlu lagi aku menanam benih percaya. 

biar kita terus sengketa. 




(-.-)




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

18 August 2011

semakin gila lagi meroyan

switch on vacum ! mulakan aktiviti mencuci habuk-habuk, sawang-sawang, semak samun, rumput rampai, lumut lumat yang melekat-lekat di belOg aku yang terchenta nie. sori my dear belOg, lama tak jenguk melawat kau. bukan aku tak sudi bukan juga aku tak cinta, tapi apekandaya, ada sesuatu yang mencemburui kita lalu membuatkan hubungan kita sedikit berlubang. 


sejak dua menjak nie, di bulan yang mulia dan penuh barokah nie, penyakit gila meroyan aku dah semakin menjadi-jadi. 


lepas je habis city hunter, aku jumpa pulak citer baru. latest giler, kat korea pon still on air. haa ni la yang buat aku gila meroyan sehingga mengabaikan belog aku yang terchenta. sampaikan kazen aku kata, ada hantu terlepas bulan Ramadhan nie. 

hantu ape? hantu  kOrea. 

sape sape,sape hantu korea? ko lah. cets !





HEARTSTRINGS ! aaaaa ! menjerit2. histeria bagai. citer nie bikin penyakit gila aku menjadi-jadi. tak cukup dengan gila, sawan pon ada. im falling for u ! sweet habis la citer nie. lagu- lagu pon best ! hari ni last episod. sedih pulak bila dh habis. aku tengok live thru iMBC. tabah je aku menghadap tengok citer tu without subtitle. even tade sub, aku still faham jalan citer, oke. euw ! rasa macam duduk korea lak tengok channel kOrea live gitu. lalala ~

--------------------------------------------------



THE PRINCESS MAN ! OMG ! yang ni pOn awesOme. mula2 tengok tajuk and trailer macam tak minat. citer epic cam ta best. tapi bila dah start tengok, Ouh, addicted. euw ! tak sabar2 tunggu next-next episod. huuuu ~

-------------------------------------------------------





SPY MYEONG WOL ! mula-mula belek, erm hero cam tak smart, tanak la tengok. seminit kemudian, nak tengok la. tak hensem pon, cool tetap ada. haaakk tuui ! best ! addicted ! eksaited ! citer ni pon still on air kat sana, tak habis2 tayang lagi. penat nye aku menunggu episod-episod seterusnya. sabar la duhai hati. adui !

-------------------------------------------------------

see ! belog sayang, kau dah nampak kan betapa kritikal nya aku sekarang. makcik kiah sebelah umah busy buat kueh raya, aku pulak busy menghadap benda2 nie. aku harap kau mengerti duhai belog terchenta. andai selepas ini aku kembali mengabaikan kau, aku harap kau memahami masalah jiwa yang sedang aku alami. 



Psssttt . . . alangkah bagusnya kalau aku jadi bestfren Doremon. boleh aku suruh Doremon dapatkan full story korean drama kat atas tuh. tak payah aku simpan janggut panjang2 tunggu episod seterusnya. hais !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

08 August 2011

dOne !


Oh yea yea yeah ! yea yea yeah ! 
*tergedik2 melompat2 sambil mengelap air mata kegembiraan*

ape yang suka sangat tu kiah oi. gumbira dah khatam Quran sepanjang Ramadhan ni ye?

tak tak tak ! belum lagi, baru juzuk 3. ihiks !

yea yeah yea yeah sambung melompat2 terkinja tak ubah seperti mOmmy kera. 

finally . . .

finish watching CITY HUNTER !



heeee . suke suke suke !

diz drama memang nice + syOk + best + seronok giler.
*bagi je apa pon drama korea, semua aku kata best*

Lee Min Ho is bery bery bery cOol , smart , hOt , suam2 suku semuanya ada. wallah !




Kim Na Na a.k.a Park Min Young pun cOmel giler + steady habis dlm citer ni. 






Credit to kak Nini and Didi yang bagi link untuk tengok and download cite nie. 

kepada Miss Jojoy, Lee Min Ho sangat handsome dalam citer nie. tak tipu tak tipu. cOol habes ! meooow !




Pssssttt . . . sanggup tak tido citer ni punya pasal. hais !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

04 August 2011

Perihal Terawih

Malam pertama terawih . . .

Perbualan kencang antara 4 orang adik beradik di dalam sebuah kereta di hadapan masjid. 

"Kaklong, malam ni nak buat berapa? senang alif nak tunggu kat luar."
tanya si adik lelaki kepada kakak sulungnya.

"kita buat penuh la ye. rinduuu nak teraawih." 
jawab si kakak sulung dengan penuh kewibawaan, penuh semangat dan keyakinan yang tinggi.

"yeay! adik pon nak buat full jugak." 
sambut si bongsu dua kali ganda semangat dari kakak sulungnya.

"watever,ajat ikut je." 
sampuk seorang lagi si adik perempuan sambil menggigit2 kuku.

tatkala enjin di matikan dan pintu kereta di buka tanda para penumpang bersedia untuk keluar . . .

"kaklong kalau imam tu baca panjang, lepas tu tak best, camne?" 
soalan kedua dari si adik lelaki.

si kakak sulung sentap seketika lalu menjawab 
"heee kalau kua imam gitu kita buat lapan. Alif tau kan imam best cmne tak best cmne. kalau alif rasa imam tu baca tak best, kita buat lapan la. witir seap2 tau."

"kalau imam tu best tapi baca panjang?" 
tanya lagi si adik lelaki meminta kepastian.

"full."
 jawab si kakak sulung tadi ringkas.

"errr kaklong, kalau Ustaz Mat yg jadi imam?''

blurrp ! si kakak sulung tersentap lebih hebat tatkala mendengar soalan cepu emas dari si adik.
"kalau Ustaz Mat jadi imam, kita solat Isya je la. terawih kat umah. ngeee. " 

Kebarangkalian seekor syaitan terlepas dari penjara lalu berjaya menggugat keimanan si kakak sulung . 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa kita selalu memilih imam waktu terawih. nak buat amal ibadat pon kena memilih ke . ada pulak tu kategori imam best and imam tak best. Ustaz Mat tu ape kesah pulak? leks luu ! akan diceritakan kemudian. 

antara alasan yang diberi bila ditanya kenapa dok memilih-milih imam time terawih . . .

1. kalau imam tu baca sedap, kita nak solat 27 rakat (Isya' + Terawih + Witir) pon rasa seronok je. seronok dengar dan hayati bacaan imam. contoh imam mesir. dia puunya taranum, fuh ! memang masak ranum.

2. imam baca straight je, tak de lagu dalam bacaan. kalau yang ni, makmum kompom tersengguk2. ayat panjang, bacaan tak de lagu (taranum), alamatnya bahu tokcik bahu tok lang akan manjdai singgahan si muda mudi yang tertido dalam solat.

3. imam yang baca laju mengalahkan KTM. kita nak solat nak hayati bacaan dalam solat tu. tapi kalau imam baca laju sampai sebutir ape pon kita ta dapat tangkap, tak best la. 

4. kalau imam tu baca nak habiskan Al-Fatihah pun amik masa sampai 10 minit (kategori Ustaz Mat), larat ke tokcik, toklang yang dah terketar-ketar lutu nak berdiri lama. mesti tak dapat bear untuk 23 rakaat. 

tengokla muda mudi zaman sekarang, nak beribadat pon macam2 alasan keluar. imam itu imam ini. ish3! 



FAKTA BUKAN AUTA :

Kaklong itu adalah AKU.
 3 orang kanak2 ribena tu sah-sah memang adik aku. 
Alasan2 di atas, ialah alasan yang selalu aku guna pakai untuk  bos besar dan mem besar tatkala mereka bertanya kenapa tak buat full. 
Ini adalah sesi aku bermuhasabah diri aku sendiri.




pssstt . . . setiap hari tukar masjid. jelajah semua masjid kat perlis. hais ! berkira sangat kan kalau solat lama, dok menghadap muka buku, menghadap belog berjam2 tak berkira pulak kan. capieQah capieQah. ish3! (-.-)



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...