29 October 2011

Jangan Sampai Aku Humban Kau Masuk Lombong


tarik nafas !

hembus !

tarik nafas !

kentut !

arghhhh !

Istighfar ! Istighfar ! Istighfar !

kenapa aku perlu hidup sebumbung dengan orang KEDEKUT lagi BERKIRA macam kau.

kau sesuka hati nak pertikai , kenapa mintak duit banyak ni dan banyak tu. 

kau sesuka hati pulak tanak bayar sama macam orang lain bayar. 

boleh pulak kau check-check harga barang-barang rumah yang dah orang lain beli. 

sanggup pulak kau pertikai ke mana barang-barangnya. 

eh, kenapa kau berkira melampau-lampau sangat nie?

memang la kau tak nampak barang nya, sebab kau tak pernah amik kesah.

kau duduk rumah jadi pak tunggul, menunggu , menadah tangan , nganga mulut mitak disuap.

yang pecah otak kira duit sampai tercabut-cabut bulu hidung tu, kami.

yang tebalkan muka pegi ketuk pintu sume bilik kutip duit rumah pon kami.

tukang check barang dapur, kami jugak.

angkut beras 20 kilo berjalan balik rumah sampai berterabur segala sendi lutut kat tepi jalan tu pon semua nya kami.

kau kat rumah apa kau buat. tunggu dan tunggu. barang sampai kau guna, bila barang tak ada, kau tanya kenapa habis dan bila nak beli.

tolonglah tolong! cuba kau belajar dari wOnderpet cara untuk bekerjasama. jangan asyik nak berkira je.

apelah sangat dengan seringgit satu hari. itu pon kau nak berkira?

atau kau nak kitorang humban kau , kau dan kau masuk lombong baru kau , kau dan kau nak sedarkan diri.

hais !

Istighfar ! Istighfar ! Istighfar ! 

Puh Puh Puh !


Pssstttt . . . cari housemate harus cari yang sekepala. bila kepala tak sama, inilah akibatnya.
padan muka aku !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

19 October 2011

Renung-renungkan Dan Selamat beramal

Assalammualaikum . . . 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa hari ni aku terasa macam nak jadi penceramah, menyampaikan serba serbi sikit tentang ilmu agama yang penah aku belajar. Bak kata pujangga, sharing itu adalah caring.


Setuju ? bagus !

Teringat kuliah subuh yang aku pegi masa cuti semester dulu. Ustaz Husam, anak kepada Ustaz Baharudin Mufti Kedah punya kuliah. Lama aku peram. Hebat kan daya ingatan aku. Memang harus untuk kita sentiasa ingat benda-benda penting yang boleh kita simpan dalam tupperware untuk dijadikan bekal bila nak masuk kubur nanti.

Oke straight to the point ! first sekali dalam kuliah tu, Ustaz Husam citer pasal Islam. Katanya, kalau kita nak faham Islam, kita kena mengaji. Islam itu adalah tersangat mudah. Tak terasa mudah? Kalau nak rasa mudahnya islam, kita kena la main-main selalu.


Let say, kenapa mekanik terror repair kereta. Nak kata blajar tinggi haruslah tidak. Sebab, dia selalu repair kereta. Teap hari keje dia repair kereta je. Bagi la apa jenis kereta pon, semua dia boleh buat. Sama jugak la dengan Islam,kalau nak buat bagi islam jadi mudah, haruslah sembahyang 5 waktu sehari. Sebab sOlat tu kan tiang agama. Bila dah teap hari solat secukup waktu, takde la kita nak rasa susah dan terbeban. Sebab benda tu dah beasa. Tapi yang jadi susahnya islam tu, bila kita jarang sembahyang. Seminggu sekali je solat. Haruslah liat kan kan.

Macam-macam nikmat Allah bagi dalam kehidupan kita. Allah sentiasa check either kita guna nikmat tu dengan baik or tak. Kalau kita jaga nikmat Allah dgn baik, insya-Allah, Allah akan campak sebanyak-banyak keberkatan dlm hidup kita. Korang tau ape jadi kalau hidup kita diberkati Allah? Bila hidup diberkati Allah, rezeki pon murah, melimpah-limpah datang kat kita.

Allah kata kalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, Allah akan tambah nikmat. Kalau kita, hamba Allah tak bersyukur dengan nikmat Allah, tunggula azab dari Allah. Ada dua nikmat Allah yang selalu manusia lupa.


Pertama, nikmat kesihatan. Jangan maen2, kesihatan badan kita pon adalah nikmat dari Allah tau. Bila kita sakit, kita ingat Allah. Kita sebut Allah tak henti-henti. Kita doa kat Allah tanpa henti mitak disembuhkan. Tapi bila kita dah sihat otomatik dating penyakit ortostik, lupa terus kat Allah. Jangan kata nak doa kat Allah, nak sebut Alhamdulillah tanda terima kasih kat Allah sebab dah sembuhkan kita pon kita lupa.

Yang keduanya nikmat kelapangan masa. Kita selalu lalai dengan nikmat masa yang Allah bagi kat kita. Ingat saja-saja je Allah jadikan pagi petang siang malam? 


No bebeh no !


Masa kita yang Allah bagi tu kena bahagi sehabis molek. Kita kena bahagi masa dengan 3 cara. Kita ada 24 jam sehari, so bahgikan dengan 3. Sape rasa dia failed mathematic, penggunaan kalkulator adalah di izinkan. So kita dapat 8 jam. 8 jam yang pertama tu mesti dan harus kita gunakan untuk beribadah kepada Allah.


Daripada nikmat 24 jam yang Allah bagi tu, Allah tak mintak banyak pon dari kita, Allah mitak sekurang-kurangnya 1/3 je dari masa tu untuk kita gunakan sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah. Ibadah ni bukan nye solat semata-mata ye anak-anak. 


Bila aku mention buat ibadah 8 jam terus ada yang pengsan bijik mata tersembul keluar sebab tak sanggup nak solat sampai 8 jam. Nak beribadah ni banyak caranya, solat memang dah pasti dan wajib. Selain dari solat dan baca Al-Quran, suami tengok bini makan pon dikira ibadah tao. Pegang tangan bini pon satu ibadah. orang yang menikah mudah di ampunkan dosa. Hanya pegang tangan isteri dengan seikhlas hati dah diampunkan dosa. Arghhh ! nikmat nya hidup. Indahnya Islam. Jiwa aku mula menekan-nekan nak kawen segera.

Nikah itu satu nikmat. Orang prempuan bila menikah banyak ganjaran pahala. Orang perempuan nak dapat pahala sama macam pahala gi haji senang je, mengandung and beranak dah dapat pahala sama macam kita pegi menunaikan haji. Masya Allah ! Bila isteri picit suami tanpa suami suruh, dia dapat pahala jihad. Bila di padang masyar dapat tujuh tuala emas. Subhanallah ! Untungnya mereka yang bergelar isteri solehah. Aku nak nikah jugak ! sambil meronta-meronta.

Kepada orang-orang yang sentiasa bertaqwa kepada Allah, bila hari kiamat nanti selepas mereka dihisab, mereka akan di iring ke Syurga. Kemudian pintu syurga dibuka. Penjaga syurga sambut kedatangan diorang sambil berkata Ahlan Wasahlan, masuklah ke syurga dan berbahagialah menjadi ahli Syurga. Subhanallah !


Ciri-ciri orang bertaqwa :

  • Takut kat Allah.
  • Beramal dengan apa yg diturunkan Allah (Al-Quran)
  • Redha dgn rezeki yang dia ada
  •  Bersedia dengan hari yang akan dikembalikan.
Jadikan dakwah sebagai hiburan. Jadikan Al-Quran sebagai hiburan. Sume yang kita nak ada dalam Al-Quran. Jangan lupa, Yahudi ada 21 rancangan nak tanam islam. Salah satunya diorang set dalam mind kita as a umat islam, bahawa Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat susah. Bila umat islam tanak belajar Bahasa Arab, automatically umat islam tak dapat menguasai Al-Quran.

Korang nak tau, syurga ada 8 pintu. Pintu pertama Lailahalilallah.4 golongan je boleh masuk syurga ni, para rasul, para nabi, orang-orang yang mati syahid, dan orang yang rajin bersedekah. So, jadilah golongan yang suka menderma. Kita bagi duit kat masjid pon dah dikira menderma tau.


Wallahualam . . .



Teringat Ustaz tu cerita pengalaman beliau dapat layanan berbeza. beliau dijemput bagi ceramah under tv 9, bersama denagn Catriona Rose pelakon yang cantek molek tu. Dalam rancangan tu, catriona bercakap tak sampai setengah jam, ustaz lak bercakap hampir sejam. Catriona Rose, penerbangannya ditaja pegi balik naik bisnes clas, hotel 3 star, bayaran RM3500. Tapi ustaz yang bagi ceramah agama tu hanya diberi hamper dan bayaran RM300. Betapa rendahnya nilai ilmu agama kan.



Pssstttt . . . 7 lagi pintu syurga tu, ustaz sambung on kuliah next week nya. Tapi aku tak dapat follow up sebab aku fly back to Sarawak. Huhu !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

13 October 2011

I've Fallen In Love

Sebelum ni kalau cakap pasal Sarawak, mulut aku mesti muncung2 ke depan. Lepas muncung-muncungkan mulut, terkeluar la kata-kata kesat berbaur lucah  . . . 

oh ! tolongla Sarawak sangat bosan!
Jangan mimpi-mimpi datang Sarawak, siyes takde yang best pon.
Negeri paling mundur penah aku jumpa. Aku sanggup tinggal di felda daripada tingal kat Sarawak.

bla bla bla bla pegi blah sana . . .

Tapi tu kesah setahun lepas masa mula-mula jejak kaki kat bumi kenyalang nie. Sekarang tiba-tiba rasa macam jatuh cintan pulak dgn Sarawak. Best jugak rupanya Sarawak ni. Ingat kan takde tempat-tempat best, rupanya banyak tempat best.

Aku je yang lembab tak pandai explore. Asal keluar je aku gi kuching asal go kuching je aku keluar. 

Tapi last week lepas je aku join trip kolej allamanda gi melawat kampong budaya atau dalam bahasa penjajahnya culture village, barulah wujud kesedaran bahawa Sarawak is not so bad. 

Best jugak wOo oOo ooO! Eh, bukan best jugak lah, best sangat. Baru jelajah kampong budaya, aku da cempera teruja bagai kan, belum lagi aku jajah gunung santubong, taman Negara bako bagai. Tunggu2 saat itu akan tiba. Yeaaw !

kat kampong budaya ni la baru aku kenal cara hidup and budaya orang Sarawak yang unik. Bukan budaya je yang unik, pakaian pon unik. Paling dasat dapat tengok free show orang iban menari tak pakai spender. Alhamdulillah tak tergugat iman. Best jugak bila dapat jelajah segala jenis rumah kat sana, rumah bidayuh la, rumah iban la, rumah panjang la. Dan 1 tahun lagi akan ada rumah ketot pulak insyaAllah . Makanya bila disimpul-simpul dibelit-belitkan, kesimpulan ringkasnya, I’ve fallen in lOve with Sarawak lah ! Ooyeah !

aku sendiri tatau ape kejadahnya benda hitam tinggi nie.

dalam rumah panjang. memang panjang.


unik kan tangga diorang. harus terkencing-kencing nak turun tangga nie. gayat !

tatau ape nama benda ni. tapi fungsi die macam jejantas, jejambat, jambatan dan boleh juga jadik  jamban


abaikan internatiOnal student yang berbau WANGI di belakang tu. uh!

sila fokus pada kasut. memang tak leh blah masing2.

gadis iban, bidayuh segala bagai


jangan tatau, dalam kampung budaya pon ada waterfall babe !


style paling stylo. tangan keras macam kayu.

gambar pebret aku nie. cantek kan. what? buruk? nah amik pelempang skali

speechless ! O,o


Psssstttt . . . bila pakai pakaian sarawak, terasa diri bagaikan puteri gunung ledang. pergh ! sila lempang aku pelan-pelan.




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...