16 April 2012

tercipta sejarah di bandar kuching

ini bukan masa untuk aku buktikan bahawa aku suci.

bukan jugak tempat untuk aku buktikan kesucian aku.

walaupun aku sememangnya suci tanpa perlu sebarang bukti.

Pang !

Lempang pipi sendiri berkali-kali agar sedarkan diri =.=

kembali ke bentuk asal.

tanpa disangka-sangka, aku tiba-tiba berjaya memecahkan rekod diri sendiri, mencipta sejarah dengan menonton wayang di tengah malam. bunyi macam romantiskan kan.

ini kali kedua aku tinggalkan tapak kaki aku dalam panggung wayang sepanjang umur hidup aku.

1st time dolu-dolu tengok abang Aaron Ajis maen ombak2 rindu dengan kak Maya kerring.

kali kedua layan filem action lak. Battleship. ramai sangat yang kepochi filem tu best lah ohsem lah hero hensem la, maka menggelegak la segala isi perut aku nak tengok cite tuu kan.

berbekalkan semangat yang jitu, aku dengan 3 lagi gadis suci nekad beranikan diri drive keta pukul 12 tgh malam semata-mata nak tengok movie ohsem hero ensem tuh.

ntah hape hape kan. hais !

tapi sangat berbaloi, tak sia-sia jadi kelawar tengah2 malam. cite tuu memang ohsem and dat hero memang hensem.

watak utama ialah gadis free hair di belakang gadis comel bertudung. eh eh ! 

box office itu adalah watak utama gambar ni

watak utama ialah sekeping kertas yang dipegang oleh 3 gadis cun. eh eh ! 

watak utama ialah frame yang berlampu-lampu kuning. 

watak utama untuk pembikinan gambar ni ialah camera girl for diz photo.



Psssttttt . . . battleship is equal to jalan cerita yang sangat amat menarik, CGI yang memberangsangkan sehinga mampu buat penonton terangsang, and de last one, Rihanna sangat stylo. overall aku bagi 4.7 bulan dan bintang.  pemurah kan aku.


thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

13 April 2012

no more sawan

finally !

takde lagi sawan menghantu hantu aku.

kenape??

sebab aku dah dapat jalan-jalan tengok jalanraya. 

akibat bosan yang teramat sangat, maka termuncullah idea untuk melawat buaya-buaya kat JONG CROCODILE FARM yang mungkin jugak mengalami kebosanan macam aku.

mula-mula macam hebat kan cari jalan pakai google map je. sekali bila dah terpampang map nye, terus juling biji mata aku. oke , fine guna alternative kedua, try to ask my fren. he's sarawakian.

malang! clue yang beliau bagi pon, mang ai simple gilak. atlast, aku tawakal je la tanya orang tepi-tepi jalan je la nanti.

but , luckily tengah kusyuk tunggu kereta sewa sampai, i got a call from my fren. 
he said dat he want to join us. oke sangat dialu-alukan.

so dun worry anymore, kami dah ada tOurist guide.

rushing habis konon-kononnye sebab nak sampai sana before 3pm coz, tu feeding time. wajib tengok acara feeding-feeding boyak nie. luckily sampai on time, sebab ada kawan yang bawakkan,
so takde nak sesat-sesat.

 tambang masuk actually 16 hinggit for adult tapi sebab kawan aku ni sarawakian, just sapluh hinggit sorang. and once again bernasib baik, tiket masuk kitorang disponsor sepenuhnya oleh kawan aku.
so thanks again to my fren ! 

nak masuk pakai gelang azimat ni dulu yea.

hai ! nama saya bujang sudin. besar gile bujang sudin nie. kalau makan aku, sekali kunyah je.

yang ni best, feeding time. melompat-lompat buaya tu nak dapatkan makanan. horror babe !

dah puas tengok buaya-buaya kebulur, masuk sini lak.

merata-rata tempat semuanya buaya. grrrr~ macam2 adaaaa.

sempat je aku maen-maen mata dengan buaya nie.

buaya pemalas, macam-macam kitorang buat, tak jugak gerak. bangang kan .

ahaaa, yang ni memang agressive. scary aku nengoknye.

eh, tibe-tibe kan makhluk ni. dalam tempat ni cam zoo gak la, ada spesis2 lain tumpang interframe.

habis sangat tempat nak posing, kat sign board pon jadik.

ahaaa, ni kat kolam ikan. aku tak ingat nama nye. aragaima ke apagaima ntah.

daaa, the last one, menggedik kat replika buaya jap before balik.


tata titi tutu . . ^_^


psssttt . . . puas hati dapat bercerai jap dengan tilam and bantal. huh ! 



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

10 April 2012

mid sem break dan sawan bergabung

hOyeay hOyeay ! yeayeah !

mid sem break has began. starting macam happy kan. itu sorakan sebelum start cuti, tapi bila dah start mid sem break, no more sorakan. otak aku dah mula messy.

sebak je hati tengok besties aku tarik luggage beroda mereka meninggalkan bumi kenyalang.

aku??

just stay here.

spent most of the time with my beauty sleep n i olwez do dat.

chit chat, webcam with adik-adik sambil gelak-gelak nangis-nangis macam beribu tahun tak berjumpa.

and terus lagha dan melagha kan diri sebab dis is the only official holidays yang UNIMAS bagi kat aku sem ni.

baru 3 hari cuti aku dah macam cacing kepanasan bosan tatau nak buat ape.

cis !

pang !

lempang pipi sendiri selaju yang mungkin.

bosan tatau nak buat ape itu adalah alasan ciptaan aku semata-mata.

banyak lagi esaimen aku yang belum terseap, banyak lagi buku yang tengah berebut-rebut tunggu turn mintak aku nodai.

tapi tolonglah, jangan paksa aku. mood untuk menyusahkan otak masih belum sampai.

yang aku nak sekarang cuma nak mitak tolong tolong sesape bawak kan aku kua berjalan2 sebelum sawan aku menjadi lebih kritikal.

jauhkan aku dari tilam dan bantal yang tak habis2 mengganggu kehidupan separa normal aku.


pssssttttt. . .baru tiga hari duduk je terperuk kat rumah, aku dah diserang sawan. 






thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

03 April 2012

silakan ukur baju di badan sendiri


pernah tak korang jumpa situation yang lebih kurang macam ni . . .

A : aku punya umah line tenet macam siput. tak faham aku.
B : sama la aku pun, line streamyx kat rumah aku pun tersedut-sedut.

realiti : rumah si B takde internet pon, pegi pakai menumpang rumah sebelah aje. 


oke, go to the next question. kau suka shopping tak?

tak suke??

ces !
lempar laptop ko laju-laju dan lempang muka kau 7 kali berturut-turut. giler ape tak suka shopping.

jujur ! 
aku memang suka shopping. oke back to the topic, 

penah korang jumpa situation like diz. . .

A : ko beli ape lah kat shopping mall td?
B : macam2 aku beli babe. aku shopping baju kasut bagai. 
A : baju ape ko beli babe?
B : aku shoping kat guess tadi, baju cantik2 wok. kasut aku beli kat hush puppies, 300 hengget siot.

realiti : shopping bagai mewah segala guna PTPTN je moks. 


and there's another situation yang agak "wat the hecks !"



oke bayangkan tengah shopping beramai2, masing2 comes from ordinary family je. 

mak duduk rumah, ayah pegi menoreh.

tapi anak, gile style acting macam anak datuk. masuk kedai nak yang branded je. 



tak payah nak action sangat lah bhai, lu buat lawak ke hape babe?

lepas tu kannn. . .
bila lalu je dekat kedai yang biase2, jual baju sehelai saploh hinggit, 2 helai ampat-puluh-hingget, teruuuss duduk kat luar je. tanak masuk lak dalam kedai.
paling tak boleh blaa, buat muka macam nampak hantu dalam kedai tu. hik hik hik. wooiiitt apehal?
tak payah nak hipokrit lah bhai, muka kau cute sangat ke buat perangai macam tu?


tak payah nak berlakon macam kaya sangat lah. acting macam duit dalam akaun ada tiga-ploh-hibu.
sembang kencang mengalahkan ribut lanina. 


tengok biodata, purata gaji keluarga below 1000. tapi bila sembang pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia terus buat muka bodoh tak hamik bab takde kena mengena. acting bagai terus bertanya, eh eh apekah itu BR1M. padahal kau salah satu calon yang layak menerimanya. 

memang pfffttt kan bila tengok mereka yang acting kaya mengalahkan pulut sri kaya. . .

adat kan. 


biasala kat dunia nie, memang ada spesis manusia yang tak boleh tengok apa yang orang lain guna pakai. selagi dia tak dapat, hidup rasa bagai terkapai kapai di tengah lautan api. nampak orang pakai Iphone,maka mulalah dia ikut menggelegak nak pakai, terguling-guling tergolek-golek nak pakai jugak-jugak-jugak.



sebab ape? 

sebab. . .sebab ??

hoi boleh pulak kau duduk aje. tolong la aku, carikan sebab.

heh !

tak boleh harap !


sebab, sikap manusia yang memang tak boleh kurang dari orang lain, hidup mesti nak lebih dari orang lain. orang lain beli itu kau pun nak itu, orang lain beli ini kau pon nak ini. come on guys, tak perlu nak hidup berlumba-lumba sangat lah, ikan lumba lumba hidup pon tak sibuk nak berlumba.

kita ni kan manusia mampu je hidup kat mana mana, tapi kenapelah orang kesini kita kesini orang kesana kita pon nak kesana.


sila lah berfikir semasak-masaknya, biar sampai hangit pon tak pe. buat sesuatu ikut kemampuan sendiri. kalau kau rasa tak mampu berlari tak payah kau gagahkan diri untuk berlari. ukurlah baju di badan sendiri. kalau rasa diri tak mampu nak bergaya mewah, tak perlu kau jadi pelakon terhebat terikut-ikut mereka yang mewah. tak salah rasanya kita mengejar kepuasan peribadi dengan kemampuan yang Allah bagi. just be yourself !



Nota-kuku-kaki . . . . kalau pon iye nak berlakon hidup mewah banyak duit ala-ala paris hiton, pikir-pikirlah mak bapak kita kat rumah yang bekerja tengah panas mencarik rejeki untuk sesuap nasik. tak payah nak berlagak sangat tak kena pada tempat. belajar-belajar lah cara untuk mengukur baju di badan sendiri yea non.





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

01 April 2012

spesis manusia zaman batu

ketinggalan zaman.

tak up to date.

oke ! itulah aku. memang kesian.

tapi itu dulu, sekarang tak lagi.

sebab ape?

seab aku dah ada twitter.

hihihihihihihi.

teruja kan aku, baru buat akaun twitter sampai post-post masuk belog.

walaupun aku tak tahu sangat pon function twitter nie.

ape kejadah bentuknye pon dok bingung lagi.

tapi lepas ni boleh la aku acting ala-ala hartis malaywood,
berak cirit tweet,
minum air masin tweet,
derma sapuloh sen kat market tweet,
 kentot tak kua bunyi pon aku nak tweet.

so ape lagi dengan segala hormatnya, aku yang bajet macam hartis menjemput korang semua mem follow aku yea.




By: TwitterButtons.com

psssttt. . .apesal twitter takde button like macam kat pesbuk eh? kolot lah !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...