20 August 2011

C . I . N . T . A . S . I . G . A . D . I . S

Cinta . . .

bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. 

dan seandainya cinta hanya menyebabkan kau membuang air mata, tinggalkan cinta itu. 

Kenapa? 

sebabnya adalah, air mata yang tumpah pada detik dan ketika ini, secara logiknya akan terus berterusan tatkala kau hidup bersama dengan insan yang kau cinta.

kalau dia menyintai kau, kenapa mesti buat kau menangis?

andai benar dia sayangkan kau, kenapa harus menjadikan perasaan kau sebagai alat permainan?

yes ! mungkin dia hanya ingin bermain dan mengisi masa lapang nya untuk menguji ketabahan kau.
tapi, sedar tak kau, bahawa sekarang bukan masanya yang sesuai untuk kau bermain. 

Sape dia sesuka suki cuba untk menguji ketahanan kau? 
padahal kau sendiri ada tanggungjawab yang lebih besar untuk masa depan kau yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

kata mereka pakar-pakar cinta,
"cinta yang suci murni serta tulus mulus tak memerlukan air mata tapi yang diperlukan hanyalah tertawa ria"

hubungan yang harmoni, yang penuh kompromi biasanya akan bergerak atas landasan yang tenang. tapi seandainya hanya ada sengketa dan air mata yang menghiasi hari, ianya umpama perjalanan yang tersekat-sekat di atas landasan yang bengkang bengkok dan tiada hala tuju mahupun matlamat.

Sambutlah kedatangan cinta dengan penuh kegembiraan. 
tapi seandainya cinta itu hanya membuatkan hati kau gelisah dan hilangkan tumpuan kau terhadap ALLAH Yang Maha Esa, lepaskan cinta itu dengan serela hati. Kau masih mampu untuk membina semula cinta baru yang lebih kukuh. 

boleh ke? 

mampu ke? 

masih ada lagikah cinta yang baru?

Yes ! for sure ada. tapi jangan kau bermimpi mencari cinta umpama Laila dan Majnun.sebab semua itu dah tak ada lagi. Jangan pulak kau mengharap kan kesetiaan bagai Romeo dan Juliet. kesah itu hanya sesuai untuk zaman dahulu kala, zaman ibu bapa, zaman datuk dan nenek kita tatkala tak banyak perkara yang perlu di kejar-kejar dalam hidup. 

tak payah kau terlalu taksub dengan cinta. 
tak perlu kau terlalu asyik membuang masa dengan cinta air mata. Cinta yang harus kau miliki adalah cinta yang dapat memotivasikan kau untuk menghambat mengejar kejayaan hidup kau. 

ya ! absOlutely, cinta memang tiket untuk rasa disayangi tapi jangan sampai cinta itu mengheret dan menyeret kau untuk membenci diri sendiri. 



 cintailah cinta seadanya . . .






thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

11 00 orang sedang berbuenO:

farah hanim said...

cinta2
hehe
love is always blind
kalo die celik
xdernye ader manusia yg merana kerana cinta^^
hehe

Elie Lily said...

cinta terlalu subjektif untuk dibincangkan.. :)

Qaseh dalia adelia said...

bukan cinta kalau tak luka , kalau tak sakit

nurain said...

suke entry ni sooooooooo much! :)

done folo u..folo me back k? :)

Art Blogger said...

Cinta,, cinta indah dan luar biasa,.

✿ cik pieQa ✿ said...

farah hanim : betol3. cinta buta n mansia pon buta kerana cinta :)

Elie Lily : agreed. banyak makna di sebalik word CINTA kan.

Qaseh dalia adelia : setuju dgn dalia. cinta ibart sambal belacan :)

✿ cik pieQa ✿ said...

nurain : thanks. oke i'll follow u back :)

Art blogger : betol3 :)

H.J said...

cintalah allah dan rasulnya terlebih dahulu..ehehe

✿ cik pieQa ✿ said...

H.J : yea, itulah yang utama kan :)

Ccomelnye die said...

Blog b'jalan. hikhikhik.

"Pa2pn, mncintai seseorg krna allah. InshaAllah si dia 2 adlh jdh kta"

✿ cik pieQa ✿ said...

@Ccomelnye die : yea ! 100% agreed :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...