29 September 2011

Oh Ibu . . .

antara ibu dengan si buah hati, mana lebih penting?

mana lebih korang utamakan?

kalau kita ditanya soalan tu, kompom , kita mesti akan jawab "eh, mestilah mak paling penting"

yeke. korang pasti dengan jawapan korang?

auta je tu. aku pon akan jawab macam tu. tapi korang sedar tak hakikat sebenarnya kita selalu memadukan kepentingan mak kita. kita kata mak kita adalah insan paling penting dalam hidup kita, tapi . . sedar tak korang . .

bila kita seronok, kita cari buah hati. tapi bila kita sedih, baru kita cari mak.

bila kita dapat result gempak, kita sibuk cerita kat buah hati kita. tapi bila kita gagal, Mak jugak yang kita cari.

bila kita happy, kita kongsi sama buah hati. tapi bila kita sedih, mak jugak yang kita cari untuk menumpang mencurahkan air mata di bahu mak.

bila nak pegi holiday, sibuk contact buah hati ajak pergi together mether. tapi bila nak hantar anak, baru nak cari contact number Mak.

bila valentine, kita bagi hadiah spesial kat buah hati. tak boleh lewat sehari pon. tapi bila datang hari ibu, kita just ucap, "selamat hari ibu". tu pon terlewat 3 hari. 

Selalu. . . ingat buah hati kita. Selalu jugak. . . Mak yang ingat kat kita

bila-bila masa di mana jua, kita sebok menelepon buah hati kita, sms buah hati kita every minutes. tapi entah bila pulak kita nak telepon Mak.

bila nampak benda cantek, benda menarik, terus kita terpikir nak beli nak hadiahkan untuk buah hati. entah bila pulak nak beli kan hadiah yang cantik dan menarik untuk Mak. 

Mak pesan, "nanti kalau dah habis belajar dah dapat kerja, boleh tak kirim duet untuk mak. tak payah banyak-banyak, lima puluh ringgit sebulan pon dah cukup." Hati mula tak keruan, otak mula sibuk bekerja, buat kira-kira. cukup ke bajet bulan depan, nak kena bagi mak pulak . hais!

Tapi kalau Mak dah takde. baru tahu erti hilang. baru tau nak menangis menjerit-jerit RINDU.

try to think . . .

sanggup ke kita suap mak kita makan. . .

sanggup tak kita cuci muntah mak kita. . .

sanggup ke kita kotorkan tangan untuk cuci lampin mak kita bila mak dah tua nanti.

mampu tak kita bersihkan najis mak kita bila mereka dah tak mampu uruskan diri mereka lagi. . .

sanggup ke kita buang kan ulat dan cuci luka kudis mak kita. . .

dan yang paling penting sanggup tak kita berhenti kerja yang gajinya beriban-riban semata-mata untuk jaga mak kita. . .

renung-renungkan. dan selamat beramal !




beliau yang terutama. beliaulah cinta hati saya. beliau juga yang sangat saya sayang. !


Psssttt . . . dah lama tak menghapdate-hupdet. tetiba kua entri penuh keinsafan kan. itu tandanya, aku tengah rindu mama aku bagai nak gila. sungguh ! gila pon tak rindu macam aku. 






thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

18 September 2011

perkara yang aku mampu dan tak mampu buat di bumi kenyalang

  1. mampu membazirkan air mata bergelen-gelen setiap hari sebab menanggung rindu yang berjuta-juta lemon. semangat? takde-takde. langsung takde. ke mana hilang aku pon tatau.
  2. tak mampu nak hapdet belog sendiri dan terjah belog orang laen setiap hari.
  3. mampu menunggu depan lappie berjam-jam loading citer korea sampai tertido.
  4. tak mampu ber muka buku setiap minit dan saat.
  5. mampu menghadap gambar suci mama abah dan adik-adik yang sama,berulang-ulang kali setiap hari.
  6. tak mampu makan makanan sedap-sedap dan menyihatkan macam kat rumah
  7. mampu bercangkung berjam-jam memberus baju, disebabkan rumah sewa yang tak de washing machine.
  8. tak mampu menonton drama korea secara online sepanjang hari cuti disebabkan takde streamyx di rumah sewa.
  9. mampu hidup dalam suasana suram dan muram semata-mata nak jimatkan letrik umah sewa.
  10. mampu hapdet entri ni dalam masa tak sampai 5 minit. almaklumla, berukband ada 1 je kat rumah nie. kongsi la der. sila pamerkan wajah simpati.

rindu mereka bagai nak pecah otak. (-.-)


Psssstt . . . nak atau taknak, secara rela atau dipaksa, dah dekat seminggu aku memastautinkan diri aku di bumi kenyalang.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

12 September 2011

Facebook Dan Sihir

sungguh aku terkejut bila baca paper Kosmo hari ni.

Tajuk depan terpampang besar pasal kisah sihir guna gambar di facebook. 

terkebil-kebil mata aku membaca. ada jugak kesah macam ni rupanya. 

budak perempuan kena sihir dengan sorang lelaki dan sorang perempuan. dua orang sekaligus sihirkan dia. memang haiwan. BABY pon tak kejam macam tu.

diorang gunakan gambar yang ada kat fb untuk sihir budak perempuan tu. menakutkan. sungguh, aku takut !

nak aku cerita lagi? tak payah mengada. nah tekan SINI, baca sendiri.

oke ! spantas kilat login FB dan tukar profile pic aku yang tak semenggah tu. muka senyum tahan kentut tukar dengan gambar lama, si katun cOmel.

walaupun aku dah private gambar2nye sebelum nie, tapi bila dah baca berita tu, hati tetap rasa tidak tenteram babe. mintak simpang ya Allah. mohon sangat dijauhkan. 

sama ada korang tau atau korang tak tau, gambar2 kita kat fb tu memang boleh dicopy paste semudah A B C, 1 2 3.

tak percaya? bukak gambar kawan2 korang, right click, then save image as. simple je, tak payah bayar cukai 6% pon.

macam selalu buat je? meme laaar. aku selalu curi gambar buah hati aku dari peshbuk dia. hehe!

oke. sekian. sambung balik tugas mengemas barang. baju bersepah2, satu hape tak packing lagi. esok pagi fly balik Sarawak.

Sumpah ! air mata aku tetiba mengalir deras bila taip perkataan S.A.R.A.W.A.K. 

boleh tak kalau aku tanak balik sana????????????!!! 





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

10 September 2011

Bezanya Kesah Tunang Zaman Dulu Dengan Kesah Tunang Zaman Sekarang


bertunang tak semestinya syok, tak semestinya bahagia bagai nak gila, paling penting tak seharusnya nak kena heboh satu dunia. brtunang ni pon leh jugak buat si gadis-gadis zaman dulu-dulu menderita, terseksa, terkelua air mata.

most of para gadis zaman dulu kala, senang nak paham golongan nenek-nenek kita dan mak-mak kita la, bertunang dan kawen bukan atas dasar cinta, tapi dah memang ditentukan oleh moyang-moyang kita. takde kapel-kapel , dating-mating, tau-tau je dah sampai rombongan merisik sambil belajar dari incik teruna. kalau yang lebih malang *biasanya ni untuk golongan lambat pickup*, rombongan tu dah balik, baru dia tau matlamat hala tuju rombongan cik kiah yang datang tadi.

"Rapeah, kamu tahu tak, sape datang tadi. itula rombongan meminang. diorang dah berkenan sangat dengan kamu. diorang dah stuju nak tunangkan kamu dengan anak diorang, si Awang."

Awang? 
sape Awang?
sah-sah si gadis terkejut beawak air, silap-silap tersedak lalu pengsan. mau tak pengsan, awang pon dia tak tau sape. jangan kata bulu idong, bulu kaki si Awang tu pon tak pernah Rafeah tengok.

cik gadis memang tak de pilihan. 1 je yang boleh dipilih-terima! tak kira la gemok ke si lelaki tu, tampan macam sampan ke, harus terima. menolak? itu adalah derhaka ! kalau nasib tak baek, harus dinyahkan dek family terchenta. jangan mimpi nak bela diri ye, Rapeah. semua dah ditentukan.

Tapi zaman sekarang lain beb lain. bab bertunang tak perlu paksa-paksa, tak perlu pasrah-pasrah. keputusan mutlak dh jatuh ke tangan si anak, bukan lagi kat ibu dan bapak. nak tunang dengan sape, kau carik sendiri. ibu bapak hilang kuasa veto. ibu sama bapak hanya perlu tunggu berita untuk pegi meminang atau terima pinangan.

see! dah tunggeng terbalik kan. dulu-dulu,orang tua-tua yan bincang-bincang, masuk meminang dulu baru bagitau kat si anak. tapi sekarang si anak bincang sndiri dengan buah hati, dua-dua ngam, baru bgtau kat ibu sama bapak. 

zaman dulu, si gadis tak kenal pon incik lelaki. tapi tau-tau dah ditunang2kan.

zaman sekarang, open beb. nak tunang, mesti kenal dulu. nak chenta2 dulu. lepas tu balik rumah bagtau ibu sama bapak, esok buah hati nak datang meminang. dan paling tak ketahuan kepala dan ekor bila ibu sama bapak pulak yang tak ada pilihan - mesti terima ! 

see ! dulu, si Rapeah tak terima pinangan Awang,harus dinyahkan dari rumah. tapi sekarang kalau ibu sama bapak tak trima, si gadis sendiri yang bungkus segala baju lari dari rumah ikut si buah hati.


zaman dulu-dulu kalau dah bertunang, harus lah mengahadap bermacam2 pantang-larang. . .

tak boleh jumpa lama, kononya orang bertunang darah manis. *patutla banyak vampire*

Rapeah tak boleh asik nak keluar rumah, takut nanti timbul fitnah. 

Kau Rapeah, tak boleh jerit-jerit, melelak-lalak tak tentu pasal, takut nanti orang kampung kata , Rapeah sewel nak kawen. 

jalan kena hati-hati, takut terobek dara. blurp! 

tidur tak boleh menonggeng, takut perut masuk angin. 

tidur terlentang pon tak boleh ! takut jin hempap. haha ! memang kurang belaja la jin tu maen hempap2 lak kan.

tapi zaman sekarang, betunang takde pantang larang,oke.

boleh berjumpa berdating lepas tunang. gaya dah macam laki bini.

boleh je pegi tengok wayang.

pegi berkhemah dalam hutan bersama.

pegi pra honeymoon ke pulau langkawi. 

zaman sekarang , muda mudi dan tuwa tuwi, guna alasan tunang sebagai lesen untuk kelua mana-mana dan bila-bila masa. 

disebabkan susah nak kelua waktu bertunang, Rapeah akan berdebar-debar tak keruan tunggu malam pertama. berdebar-debar pikirkan rupa si Awang.
malam pertama? tiba-tiba aku terbayang sesuatu dan mula rasa syok sendiri. sila tampar aku laju-laju jika korang tanak aku melalut lebih jauh.

Rapeah si pengantin perempuan menjerit-jerit malam pertama bila tengok si Awang bebulu lebat di dada mengalahkan bapak gorilla. ada jugak yang maen polis entry sepanjang malam. si Awang merayu-rayu, Rapeah malu-malu tapi mahu. dush ! jangan kau mengada-ngada imagine Awang dan Rapeah untuk part seterusnya.

tapi yang mengkagumkan, sekali je perkahwinan berlangsung, diorang akan terus hidup bahagia. walaupun hanya bertemu di malam pertama, tapi cinta yang tumbuh lepas tu tulus mulus lulus lalu kekal forever sampai ke hari nie.

tapi, zaman sekarang yang bercinta sakan sebelum tunang dan kawen pulak belum tentu bertahan lama. agaknya cinta diorang tak tulus tapi fulus. itu pasal ada yang jari masih merah dgn inai pon boleh bercerai dan berai. mintak simpang !


Pssssttttt . . . tunang ni adat je. tak semestinya tak tunang tak boleh kawen kan kan. . . berdoa selalu agar chenta aku dan dia kekal foreber. ameeen ^_^




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

08 September 2011

tOpup Dan Cukai

pernah korang dengar cukai pintu?
haa, aku pon pernah.

cukai jalan, pernah dengar?
memang harus terjun KLCC kalau cukai jalan korang taktau.

cukai kereta pulak, tahu tak?
alah bisa tegal beasa kan.

cukai topup lak, penah dengar tak?
tak penah? 

aku pon tak penah. tapi percayalah, ianya akan wujud tak lama je lagi. aku tak tipu aku berkata benar berpandukan sumber yang boleh dipercayai. kalau sumber tu tipu, nescaya menipu jua la aku.


start on 15 september ni, setiap toppup akan dikenakan caj cukai sekali.

tolong tolong ! sila tolong tenangkan aku. kenapa aku rasa badan aku seperti berotot-otot dan bertukar menjadi hijau kehijau hijauan.

apa perasaan korang kalau topup 10 hengget yang korang beli sebelum ni tiba-tiba dikenakan cukai tambahan. mesti rasa sentap sehingga terasa nak cabut segala bulu yang ada dalam hidung korang dan pajak di kedai hanphone untuk bayar cukai topup tu kan.

tak pikir ke golongan kurang kaya seperti aku yang masih merangkak menuntut ilmu, terpaksa keluarkan duit lebih untuk bayar cukai masa beli topup. 60 sen tu aku boleh beli 3 gelas air suam tau tak. cukup untuk support aku makan sehari. 

tak payah aku cite panjang. nak tau detail tengok kat SINI.


Pssttttt . . . kalau korang sayang syiling 60sen korang, sila beli stok topup banyak2 bermula sekarang. pastikan stok topup tu boleh bertahan sampai ke anak cucu. kalau sesak jugak, campak je henpon kau dlam laut, pakai public phone je. kompom tak perlu bayar cukai.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

06 September 2011

Sungguh Aku Rindu !

rumah yang asalnya riuh rendah , huru hara seminggu lalu , dah bertukar menjadi rumah yang suram dan sunyi.

habisnya syawal ke 5, maka hilangla riuh rendah hiruk pikuk dalam rumah nie.

makan malam tinggal 3 beradik. takde gaduh2 kecoh2. 

adik aku sorang tu dah balik Matric. 

sorang lagi hero balik asrama.

sorang lagi pulak dah kembali ke sekolah tahfiz. entah bulan bila pulak die nak jejak kaki balik.

tinggal la 4 beradik je kat umah. dan bila si kecoh Aja, Ajib n Alif takde, maka tiada kekecohan di rumah.

bila sunyi macam ni, mula la cecair jernih lagi suci di mata aku ni nak mengalir keluar.

RINDU. sangat amat RINDU mereka. 






sedih pulak rasa. minggu depan dah nak fly balik. berbulan2 pulak la tak dapat jumpa korang kan :(


Pssssttttt . . .uit budak2 yang suka buat kecoh, mesti kembang kempis hidung korang menahan rasa bangga tatkala kaklong membuat pengakuan jujur yang kaklOng rindu korang. suka la tu kan. 




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Kerja Suci Di Penghujung Cuti

Histeria histeria ! 

rasa nak cabut batang hidung dan semua gigi kemudian simpan dalam almari dan esok pasang balik.

pejam tak celik-celik, tinggal seminggu je lagi saat suka tiada duka bersama mak bapak tercinta. minggu depan dah kena fly balik ke tempat tumpahnya derita aku. 

para para pelajar yang dah bekukan otak selama 4 bulan dah mula cairkan otak untuk lompat masuk ke semester baru. para para sakura pelajar yang bertuah memiliki tulang yang ringan dah berhenti bekerja memerah keringat dan mula bersenang lenang di rumah membetulkan sendi-sendi yang beasanya tegak berdiri sepanjang tempoh cuti 4 bulan nie.

tinggal aku je yang tunggang terbalik, tak tentu mana ekor mana pula kepala. tatkala orang sibuk bekerja, aku sibuk bersuka ria memajukan kilang taek mata. dan bila orang sibuk bersenang lenang sambil bersedia untuk balik ke kampus, aku baru nak terketar-ketar pegi bekerja. 

bunyi macam gila tapi itu realitinya. hari ni aku stat kerja. tiba-tiba guru besar tempat aku kerja dulu, mintak aku gantikan cikgu bersalin. lagi gempak tu, aku tolong ganti untuk 5 hari je. 5 hari tu untuk kukuhkan bebudak UPSR dalam minggu terakhir nie.

so sepanjang 5 hari ni aku akan berusaha keras menjadi guru yang berdedikasi dan bukan guru yang
basi, oke!

sepanjang 5 hari ni juga, kebarangkalian untuk anak tekak aku tercabut keluar dan leher aku patah terkulai juga adalah tinggi. sebabnya aku bukan je kepong bebudak darjah 6, tapi juga bebudak darjah 1. bebudak darjah 6 takde masalah, diorang sedang dalam dilema takut akan raksasa bernama UPSR so diorang patuh dan taat je kat aku. yang letihnya bebudak darjah 1.

aku tak tau ape ramuan sebenar susu bayi zaman sekarang sehingga menjadikan kanak2 alaf baru ni terlebih hyper. aku suruh buka buku, diorang ajak aku maen. nasib baek korang comel dan korang kata aku "cekgu comel"

haha! mau koyak rabak kaen yang aku pakai tadi. 

nak muntah? pegi muntah jauh2 jangan nak muntah2 kat sini. 

dengan ukuran kemetot mereka juga buat aku menderita sakit tulang belakang dan leher sebab terpaksa tunduk bila nak berkomunikasi dengan diorang.

tapi, apa-apa pon , aku ENJOY ! *sambil angkat tangan ala-ala nora danish punya style*

muka eksaited nak pegi mengajar. spesis mulut itik.
what ?? menjengkelkan ? oke, terima kasih. 

Psssstttt . . . tido sepanjang perjalann ke sekolah, dan sambung pejam kan mata secara tidak sengaja masa assembly sebab dah beasa majukan kilang taek mata setiap pagi.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

02 September 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Sape Tau?

Nak kata aku tua sangat tidak. nak kat aku muda sangat pon tidak. sebab kalau kawen pon, aku dah boleh melahirkan baby baby yang cOmel-comel macam aku. 
tak cOmel pon? oke takpe,aku terima penuh redha.

kalau tengok kawan-kawan, sepupu sepapat yang sebaya-baya aku,most of them bila muncul nya raya akan mula mengerah tenaga mengumpul wang ringgit untuk di bagi-bagi kepada golongan pemangsa duet raya. bila tiba hari raya, tangan diorang, beg diorang penuh dengan sampul-sampul warna warni sampai semak mata aku memandang *statement jeles*. 

aku ? steady je. baju raya pon paw duet mama abah. 
duet raya pulak, serius! aku tak harap pon nak kutep2 duet raya bila dah sampai umur maced nie.

kalau nak mengharap pon, mengharap dari mama abah aku je la. tapi itula yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape tau kan. raya kali ni nak taknak mengharap, dekat tiga ratus jugak duet raya aku dapat.

kenapa?
terkejut?

aku pon terkejut kera jugak. 
yela umur aku nie sepatutnya dah kena menyumbang duet raya bukan terima duet raya. 

itula untung adik ramai. pegi beraya umah sedara mara, adik2 aku Q up nak salam sekaligus meng'collect' sampul raya, aku pun tak terkecuali dapat sampul. malu tu jangan tanyala. bila di bagi nye duet raya, sambil buat muka ayu lagi maced, aku tolak baek-baek.

"eh, tak payah la. bagi adik-adik je. kalong tak payah la,dah besar pon, malu je. hehe!" 
tapi dalam hati, wang bosar wang bOsar.

oh ! berbunga nya hati tatkala mereka berkata,

"ala amik la, lagi tak kawen tak keje memang kena dapat duet raya. nanti kalong dah kawen dah keje tak dapat dah duwet raya."

euuuwww ! kembang kempis hidung aku. menjeling je adik-adik aku, diorang penat beratur, aku lak yang dapat lebih. muhahahaha *gelak evil*

bertuah kan aku. lagi besar lagi banyak lak dapat duet raya. best best best ! raya panjang lagi nie, sesape nak bagi duwet raya, masih dialu-alukan. kecik tapak kaki, satu padang bola aku tadah.



psssttt . . . duwet raya asik habis dekat makanan, sehari lepas tu buang lak masuk jamban. huh !





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...