22 August 2011

Mengidam Kad Raya

sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari yang ke 22 kita berpuasa.

maknanya, tinggal tak kurang tak lebih dalam seminggu je lagi nak raya.

buka inbox mail yahoo. amboi, meleret-leret e-card raya *bajet artis fofular*. ada yang seap hanta lagu raya tru emel. hais terharu tersuke. heee~



buka pulak peshbuuk. kad raya lagi. macam-macam application kad raya ada. dah macam astro, macam-macam ada. tinggal tekan confirm atau approve je kalau nak tengok. tak cukup dengan itu, buka notification, kena tag pulak kat gambar2 kad raya.

belek pulak hendpon. wah2 kau kiah, leman ! semangat nak beraya. belum lagi habis puasa, dah ada yang anta mesej raya mitak maaf zahir sekali dengan batin nye. semangat kau kiah , bersungguh kau leman.



tapi bila pi ziarah peti surat depan rumah, hampa!
teap hari, tatkala mendengar deruan enjin motosikal merah ex5 berhenti di depan rumah, pasti hati, jantung, ginjal serta pundi kencing aku melonjak-lonjak eksaited mengharapkan sesuatu. tanpa secalit pon rasa jemu, aku ulang alik menziarah peti surat, mengintai kalau-kalau ada kad raya versi ikhlas datang kat aku. tapi sampai ramadhan yang ke 22 ni, satu habuk pon takde.

kenape nie kenape. tahun lepas dapat jugak sekeping. gumbira bagai dapat emas seketol. tapi tahun nie. . .
oh tidak !

bukan aku tak hargai kad raya yang diorang hanta melalui emel, peshbuk, hendpOn. tapi rasa tak meriah kan kalau takde posmen anta kad raya. mengidam-idam aku nak kad raya yan abg pOsmen anta. sesape yang ada belas ihsan dan simpati, sila anta kad raya untuk aku. *giler desperate*

makin maju zaman nie, makin pupus kad raya tangan dari abg posmen. 

rindu pulak aku zaman kanak-kanak hingusan, berebut-rebut nak beli kad raya 5 keping dua hengget. 
bertenggek kat meja tulis sampai 3 hari 3 malam, gara-gara memikirkan sape kawan bertuah yang akan aku pilih untuk menerima kad raya chantek dari aku. hais kad raya kad raya. sungguh, aku sangat menginginkan kamu.

paling best setiap kad raya, mesti nak sumbat pantun. memang tak boleh bla. 

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
kau ingat, kau je nak kad raya. aku pon nak tau. dah terima tu pandai2 la balas balik.

pecah kaca pecah sampan,
sudah baca harap simpan.
penat tu aku beli, aku tulis, dah dapat tu pastikan simpan elok2! raya nnti aku nak datang check.

pen merah pen biru,
i anta kad ni sebab i sayang kat u.
euuuw ! style kan pantun raya dulu2.

pen biru pen merah,
raya nanti jemput datang ke rumah.
haha ! kacak !

ikan talapia ikan patin,
mohon maaf zahir dan batin.
haa yang ni pantun wajib. semua kad musti aku tulis pantun nie. 




best kan dulu-dulu. sekarang kad raya semua elektronik. semua orang nak berjimat sebab tak payah beli setem. kad raya oohh kad raya.



psssttt . . . baby dalam perut aku dah menendang2 mintak kad raya. perlukah aku beli sekeping, kemudian pergi ke pejabat pos dan pos ke alamat rumah aku. dengan itu, hilang la rasa mengidam nak kad raya kan. desperate tahap melampau.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

19 00 orang sedang berbuenO:

difficult easy. said...

hahaha. boleh terima gak cadangan hantar sendiri kad kat rumah kan. :P

✿ cik pieQa ✿ said...

difficult easy. : hehe ! bolh terima ye. cantek ! 3 hri lagi cik pieQa dpt kad raya, abg posmen anta. yea2 ! hehe !

aku said...

sbnrye...ak da wat pon yg antar kad rye ke sndri tu..huuu :D

diana said...

akak hantar kat raya untuk blogger..
tapi tak tau la sampai ke idak sebelum raya ni..
heheheh

Rai said...

zaman kanak2 dulu happy gila kan kalau dapat kad raya yg ada lagu2 tu..huhu..ruginya budak zaman sekarang tak merasa semua tu..

ShErA said...

salam kenal...

dulu selalu gak kirim kad raya kat kawan2... tapi, tahun ni dah tak rasa nak kirim

ZouL said...

hehehe..ala ciaannye.ZouL baru je post 10 keping kt raya pada blogger.kalau cepat leh sambar satu..hehe..

✿ cik pieQa ✿ said...

@aku : haha ! lagi sempoi. oke lepasni nk buat jugak. :)

@diana : wah bestnye. kak diana, untuk pieQa takde ke?

✿ cik pieQa ✿ said...

@Rai : tula kan. zaman skrg sume nak save bajet pakai kad elektronik je. huu.

@Shera : hai Shera, salam kenal2. skrg maen post kat FB je ye shera. hehe.

@Zoul : 10 baru, tambah lagi 1 la zoul untk pieQa sambar. hehe !

fiqasaiful said...

xdapat kad raya :( ada sapa2 nak antr x..hehe

ctk said...

dulu mmg bes...smgt nk wat kad rye..nk bg kt jirn dpn umah je pOn :D

cik ungu said...

alaaa...nak kad rayaaaaaa!!!


nape xde org yg sudi bagi niiii

Bigdaddyz said...

haha...parah ni silap2 peti surat pulak yang di gigit...

sifu im said...

aku siap promote lg lam blog ak sbb ngidam kad raya..haha

Amy Syaquena said...

Amy hantar lebih 30 keping kat raya untuk blogger , hope sampailah before raya nie..



http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html

✿ cik pieQa ✿ said...

fiqasaiful : kita serupa. sOb3!

ctk : haha ! betOl3. beli pen warna wrni bagai smta nak tuleh kad raya

✿ cik pieQa ✿ said...

cik ungu : huhu !kan kan. memang sadis la ta dapat kad raya lgsng thn nie. haish!

Bigdaddyz : jgn kata peti surat daddy, skali dengan posmen2 saya nak geget. huhU!

✿ cik pieQa ✿ said...

Sifu Im : haha ! kau lagi sengal. laen kali nk prOmote letak la adres aku skli bro. bru layaan.

Amy Syaquena : ala, dah terlepas. anta skali lagi untuk cik pieQa, boleh tak amy? ;)

Art Blogger said...

Nice,, Nice Cik,.
Met Raya jhe ya,.
mohon maaf lahir dan batin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...