03 April 2012

silakan ukur baju di badan sendiri


pernah tak korang jumpa situation yang lebih kurang macam ni . . .

A : aku punya umah line tenet macam siput. tak faham aku.
B : sama la aku pun, line streamyx kat rumah aku pun tersedut-sedut.

realiti : rumah si B takde internet pon, pegi pakai menumpang rumah sebelah aje. 


oke, go to the next question. kau suka shopping tak?

tak suke??

ces !
lempar laptop ko laju-laju dan lempang muka kau 7 kali berturut-turut. giler ape tak suka shopping.

jujur ! 
aku memang suka shopping. oke back to the topic, 

penah korang jumpa situation like diz. . .

A : ko beli ape lah kat shopping mall td?
B : macam2 aku beli babe. aku shopping baju kasut bagai. 
A : baju ape ko beli babe?
B : aku shoping kat guess tadi, baju cantik2 wok. kasut aku beli kat hush puppies, 300 hengget siot.

realiti : shopping bagai mewah segala guna PTPTN je moks. 


and there's another situation yang agak "wat the hecks !"



oke bayangkan tengah shopping beramai2, masing2 comes from ordinary family je. 

mak duduk rumah, ayah pegi menoreh.

tapi anak, gile style acting macam anak datuk. masuk kedai nak yang branded je. 



tak payah nak action sangat lah bhai, lu buat lawak ke hape babe?

lepas tu kannn. . .
bila lalu je dekat kedai yang biase2, jual baju sehelai saploh hinggit, 2 helai ampat-puluh-hingget, teruuuss duduk kat luar je. tanak masuk lak dalam kedai.
paling tak boleh blaa, buat muka macam nampak hantu dalam kedai tu. hik hik hik. wooiiitt apehal?
tak payah nak hipokrit lah bhai, muka kau cute sangat ke buat perangai macam tu?


tak payah nak berlakon macam kaya sangat lah. acting macam duit dalam akaun ada tiga-ploh-hibu.
sembang kencang mengalahkan ribut lanina. 


tengok biodata, purata gaji keluarga below 1000. tapi bila sembang pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia terus buat muka bodoh tak hamik bab takde kena mengena. acting bagai terus bertanya, eh eh apekah itu BR1M. padahal kau salah satu calon yang layak menerimanya. 

memang pfffttt kan bila tengok mereka yang acting kaya mengalahkan pulut sri kaya. . .

adat kan. 


biasala kat dunia nie, memang ada spesis manusia yang tak boleh tengok apa yang orang lain guna pakai. selagi dia tak dapat, hidup rasa bagai terkapai kapai di tengah lautan api. nampak orang pakai Iphone,maka mulalah dia ikut menggelegak nak pakai, terguling-guling tergolek-golek nak pakai jugak-jugak-jugak.



sebab ape? 

sebab. . .sebab ??

hoi boleh pulak kau duduk aje. tolong la aku, carikan sebab.

heh !

tak boleh harap !


sebab, sikap manusia yang memang tak boleh kurang dari orang lain, hidup mesti nak lebih dari orang lain. orang lain beli itu kau pun nak itu, orang lain beli ini kau pon nak ini. come on guys, tak perlu nak hidup berlumba-lumba sangat lah, ikan lumba lumba hidup pon tak sibuk nak berlumba.

kita ni kan manusia mampu je hidup kat mana mana, tapi kenapelah orang kesini kita kesini orang kesana kita pon nak kesana.


sila lah berfikir semasak-masaknya, biar sampai hangit pon tak pe. buat sesuatu ikut kemampuan sendiri. kalau kau rasa tak mampu berlari tak payah kau gagahkan diri untuk berlari. ukurlah baju di badan sendiri. kalau rasa diri tak mampu nak bergaya mewah, tak perlu kau jadi pelakon terhebat terikut-ikut mereka yang mewah. tak salah rasanya kita mengejar kepuasan peribadi dengan kemampuan yang Allah bagi. just be yourself !



Nota-kuku-kaki . . . . kalau pon iye nak berlakon hidup mewah banyak duit ala-ala paris hiton, pikir-pikirlah mak bapak kita kat rumah yang bekerja tengah panas mencarik rejeki untuk sesuap nasik. tak payah nak berlagak sangat tak kena pada tempat. belajar-belajar lah cara untuk mengukur baju di badan sendiri yea non.





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

19 00 orang sedang berbuenO:

Wadi AR said...

soping? amenda tu

✿ cik pieQa ✿ said...

@Wadi AR : mata aku juling ke tepi. so ko kena paham2 la keadaan orang juling cam aku, typing error pasti sentiasa berlaku di mana2. sob3 ~

Ieqahgajah said...

mehlaaa tolong ukurkan..hehehe

Miss Purple Ungu said...

setuju sgt2
ukur baju di badan sendiri
jgn sibuk ukur kat bdn org lain kecuali korang ni seorg tukang jahit hehe :)

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

100% agree :)
mmg manusia tak pernah puas,hehe

[sutera kasih] said...

betul tu..ukur baju di bdn sndri kan dear hehe..

✿ cik pieQa ✿ said...

@IEQAH : kejap carik pembaris tak jumpa2. hihi ^_^

✿ cik pieQa ✿ said...

@Miss Purple Ungu : haha ntah ye kan. badan sndiri tak terukur, sibuk lak nk ngukur bdn org lain. hik2!

✿ cik pieQa ✿ said...

@Nadzirah K. : yezza. tp aku puas kalau dapat makan kfc snack plate tanpa sebarang gngguan ;p

✿ cik pieQa ✿ said...

@[sutera kasih] : yez dear :)

gnesop.com said...

sop mmg dah anak kaya :)
bukan kaya harta Tp budi bahasa :)

eLL said...

betul tu setuju...tambah sikit pastu bila dia minta pinjam duit kita mcm susah nak bg dia sound apasal ko ingat aku tak der duit ker nak bayar?

caliph shuriken said...

x sampai ati nk shopping mewah2 klau mmg asal org susah...

Ihsan Arifin said...

jenis manusia macam ni la yang liat nak bayar ptptn. tahu perabeh duit je shopping entah ape ape

✿ cik pieQa ✿ said...

@gnesop.com : yeah ! thumbs up utk kau sop. biar miskin harta tp kaya budi bahasa, ye dok.

✿ cik pieQa ✿ said...

@eLL : itu lah spesis bodoh sombong. spesis cemgitu hadiah nye adlh, kuih LEMPANG 7 biji ;p

✿ cik pieQa ✿ said...

@caliph shuriken kan caliph kan, cian teringat mak ayah kat kampung susah keje nk sara anak2. hais!

✿ cik pieQa ✿ said...

@Ihsan Arifin : adeh, part liat bayar ptptn tu cam terkena sipi2 kt btang hidung. haha ! bukn liat tp penat, bayar tak henti2 tp tak habis2, bayar kat bunga je lebih. huk3!

Dua Qurun said...

hahha...(ketawe tetibe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...