23 May 2011

sharing is caring

tadi aku pi MATIN (Ma'had Tahfiz Al-Quran Al-iman An-Nawawi) untuk dengar kuliah maghrib. kuliah maghrib tadi disampaikan oleh Ustaz Ahmad Tashuki. Alhamdulillah, aku dapat ilmu dari kuliah tu. even 50 minit je kuliah tu tapi ilmu yang aku dapat tu tersangat2 la berharga. so, dah aku dapat ilmu tu mesti la nak jugak sharing maring ngan kawan2 kan. atleast bila2 aku teralpa boleh jugak aku bukak balik entri ni baca. aku ni bukan spesis yang baek sangat, so perlu lah untuk aku sntiasa me"repair" diri aku yang sedia xbetol nie. oke back to the main tOpic. di bawah ni antara ilmu2 yang dah aku peroleh yg boleh sama2 kita kOngsi. 

Dlm kuliah tu tadi pertamanya ustaz sentuh mengenai kematian. persiapan kita sebelum menghadapi kematian. Insaf sangat bila mendengarnya. Ada 2 kategori. kategOri pertama, mati dalam keadaan tidak b'sedia. Nauzubillah ! minta aku dijauhkan. sebab ape? sebab kalu kita mati dalam keadaan tak bersedia, kita akan patah apabila berhadapan dengan Allah SWT. kenapa kita patah? sebab kita mati tanpa sempat bawak bekalan yang secukupnya. bukan bekalan makanan tapi bekalan amalan baik kita di dunia. MasyaAllah. Yang keduanya mati dalam keadaan bersedia. semoga aku tergolong dalam gOlongan nie. mudah-mudahan. bersedia camne tu? makna nya di sini , amal ibadat kita lengkap sempurna, amalan kita di dunia pon baek2 belaka. 

sesetengah org mesti berfikir kenapa Allah xbagi kita tahu bila kita nak mati? kan senang kita boleh bersedia. Ada sebabnya Allah x bagi tahu kita.
Kenapa Allah sembunyikan kematian ? Agar kita sentiasa bersedia m'hadapi mati. bukan tunggu dah tua baru nak ingat.
Kenapa Allah sembunyikan Rezeki ? Allah sembunyikan rezeki supaya kita berusaha mendapatkannya.
Kenapa Allah x bagi tau kita, kita nie ahli syurga or neraka ? Supaya kita ada rasa takut (neraka) dan kita sentiasa b'iman dan beribadat kepada Allah untuk masuk ke SyurgaNya. 

Seterusnya berkenaan dosa. Setiap manusia di muka bumi mesti melakukan dOsa. bezanya cuma kecil dan besar. Cuma Nabi dan Rasul je yang xde dosa kan, sebab nabi dan Rasul maksum.
Camne kita nak tau kita ni banyak dosa ataupun tidak? Bila kita beribadat kita akan rasa manisnya ibadat, kita akan rasa seronok beribadat, itu tanda mereka yang xbanyak dosa. bagi mereka yang banyak dosa, kita akan rasa malas nak beribadat, malas nak solat. Sebab ape macam tu? 
Sebab nya sekali kita buat dosa, satu titik hitam lekat di hati kita. kalau berkali2 buat dosa maka hitamlah hati. itula yang membuatkan kita hilang kemanisan untuk melakukan ibadat. 

Dosa ni bagi banyak gangguan kat kita sebenarnya. bila kita banyak buat dosa, hidup kita akan sentiasa terganggu, kita buat kerja sume terganggu, sebab ape sebab hidup kita tak tenang. sebab ape hidup kita xtenang? sebab kerja2 yang kita lakukan tak mendapat keberkatan ALLAH. 

Bila cakap pasal dOsa, dOsa ni bukan dengan Allah je tapi juga ada dosa dengan manusia. dOsa dengan manusia lebih bahaya dari dOsa dengan Allah. Kenapa camtu ? oke scrolll dOwn kita baca 1 kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

"Ada seorang lelaki bernama Al Qamah. Lelaki tu tenat n tengah m'hadapi sakaratulmaut. Lalu Rasulullah mengajar beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Al Qamah x dapat ikut. Rasulullah SAW ajar pula menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH. juga Al Qamah xdapat ikOt. Rasulullah SAW sebut kalimah paling mudah. ALLAH. sedih nya Al Qamah masih juga tenat. kenapa macam tu ? rupa-rupa nya Al Qamah ada berbuat salah dengan ibunya dan masih belum mendapat kemaafan ibunya. lalu Rasulullah meminta agar ibu Al Qamah maafkan Al qamah agar Al Qamah dapat pergi m'hadp Illahi dgn mudah. Mak dye tetap tak dapat maafkan Al Qamah. lalu Rasulullah suruh sahabat2 baginda p cari kayu api. dah dapat kayu api, mak Al Qamah tanya kenapa nak bakar anak dye. Lalu Rasullullah berkata, daripada Al Qamah terseksa macam nie bagus kita campak kan terus ke dalam api. dengan serta merta si ibu tadi terus memaafkan kesalahan anak dia. dan lepas tu dengan mudah nya Al Qamah dapat mengucap 2 kalimah syahadah dan terus pergi mennghadap Illahi"

hmm besarnya keredhaan ibu kan. ingat lagi masa sekolah dulu, ustaz selalu pesan "Keredhaan ALLAH terletak di bawah keredhaan ibu bapa kita, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa kita"

Kenapa setiap kali lepas sOlat,bila kita salam dengan jemaah , kita mesti selawat. Sebabnya sekali kita bersalam dan berselawat, gugurlah satu dosa kita. Subhanallah ! :)

B'cakap mengenai hati pulak. ape tu hati keras. ada ke manusia hati keras. ada. camne nak tau manusia tu hati keras ke tak? golongan yang hati mereka x keras, bila baca Quran, mereka akn rasa sayu mendengar kalimah suci Al-Quran, mereka akan rasa nikmat bila mereka melakukan ibadat, mereka berdoa sehingga menitiskan air mata. itu di antara mereka yang tidak berhati keras. Golongan hati keras ni camne lak? golongan yang hati mereka keras ialah golongan yang bila dengar orang baca Quran, mereka xrasa apa2 pun, malah bOleh pulak dOk bersembang tepi orang yang tengah mengaji, bila sOlat tak rasa apa2. itu antara golongan yang berhati keras. 

Xde ke cara nak lembutkan hati yang keras tu ? mesti la ada. antaranya kita kena rajin baca Quran. selalu baca Quran dpt melembutkan hati. pastu tengOk kebesaran Allah. dan lagi, usap kepala anak yatim. kita usap dengan penuh kekhlasan dan kasih sayang, tu pon dapat melembutkan hati, Insya Allah :)

Ada lagi pasal hati nie. tadi hati keras, bagus lagi masih boleh dilembutkan. tapi kalu hati mati? ustza tu kata untung kita kalu hati mati jasad pon mati. xpe lagi. tapi malang nya kita kalu hati mati tapi jasad masih hidup. camne nak tau hati kita mati ? golongan hati mati ni golongan yang bila buat dosa xrasa apa2, xrasa takut, xrasa bersalah. gOlongan yang buat maksiat rasa seronok. mereka enjoy dengan maksiat yang mereka lakukan. kemudian bila dengar azan xrasa apa2 pon. xrasa nak hormat pada azan. bagi mereka azan tu x memberi apa2 makna. 

Dan yang last sekali ustaz sebut mengenai Zikirullah. Kita kena selalu berzikir sebab zikir tu lah kekuatan kita nanti.
Rasullullah SAW berkata : 
"Semasa di dalam perut, kita perlukan air untuk terus hidup. tanpa air maka lemaslah kita di dalam perut ibu. bila kua kat dunia, kita nk hidup kena ada oksigen. tak dak oksigen habislah kita. tapi bila kit amati, sume tu x perlu lagi. kita akn terus hidup dengan Zikir yang selalu kita lafazkan semasa kita hidup di muka bumi dahulu."

Wallahualam ^_^

pssssttt : semOga aku masih lagi diberi peluang untuk memperbetulkan diri yang serba kekurangan nie.

thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

0 00 orang sedang berbuenO:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...