04 August 2011

Perihal Terawih

Malam pertama terawih . . .

Perbualan kencang antara 4 orang adik beradik di dalam sebuah kereta di hadapan masjid. 

"Kaklong, malam ni nak buat berapa? senang alif nak tunggu kat luar."
tanya si adik lelaki kepada kakak sulungnya.

"kita buat penuh la ye. rinduuu nak teraawih." 
jawab si kakak sulung dengan penuh kewibawaan, penuh semangat dan keyakinan yang tinggi.

"yeay! adik pon nak buat full jugak." 
sambut si bongsu dua kali ganda semangat dari kakak sulungnya.

"watever,ajat ikut je." 
sampuk seorang lagi si adik perempuan sambil menggigit2 kuku.

tatkala enjin di matikan dan pintu kereta di buka tanda para penumpang bersedia untuk keluar . . .

"kaklong kalau imam tu baca panjang, lepas tu tak best, camne?" 
soalan kedua dari si adik lelaki.

si kakak sulung sentap seketika lalu menjawab 
"heee kalau kua imam gitu kita buat lapan. Alif tau kan imam best cmne tak best cmne. kalau alif rasa imam tu baca tak best, kita buat lapan la. witir seap2 tau."

"kalau imam tu best tapi baca panjang?" 
tanya lagi si adik lelaki meminta kepastian.

"full."
 jawab si kakak sulung tadi ringkas.

"errr kaklong, kalau Ustaz Mat yg jadi imam?''

blurrp ! si kakak sulung tersentap lebih hebat tatkala mendengar soalan cepu emas dari si adik.
"kalau Ustaz Mat jadi imam, kita solat Isya je la. terawih kat umah. ngeee. " 

Kebarangkalian seekor syaitan terlepas dari penjara lalu berjaya menggugat keimanan si kakak sulung . 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa kita selalu memilih imam waktu terawih. nak buat amal ibadat pon kena memilih ke . ada pulak tu kategori imam best and imam tak best. Ustaz Mat tu ape kesah pulak? leks luu ! akan diceritakan kemudian. 

antara alasan yang diberi bila ditanya kenapa dok memilih-milih imam time terawih . . .

1. kalau imam tu baca sedap, kita nak solat 27 rakat (Isya' + Terawih + Witir) pon rasa seronok je. seronok dengar dan hayati bacaan imam. contoh imam mesir. dia puunya taranum, fuh ! memang masak ranum.

2. imam baca straight je, tak de lagu dalam bacaan. kalau yang ni, makmum kompom tersengguk2. ayat panjang, bacaan tak de lagu (taranum), alamatnya bahu tokcik bahu tok lang akan manjdai singgahan si muda mudi yang tertido dalam solat.

3. imam yang baca laju mengalahkan KTM. kita nak solat nak hayati bacaan dalam solat tu. tapi kalau imam baca laju sampai sebutir ape pon kita ta dapat tangkap, tak best la. 

4. kalau imam tu baca nak habiskan Al-Fatihah pun amik masa sampai 10 minit (kategori Ustaz Mat), larat ke tokcik, toklang yang dah terketar-ketar lutu nak berdiri lama. mesti tak dapat bear untuk 23 rakaat. 

tengokla muda mudi zaman sekarang, nak beribadat pon macam2 alasan keluar. imam itu imam ini. ish3! 



FAKTA BUKAN AUTA :

Kaklong itu adalah AKU.
 3 orang kanak2 ribena tu sah-sah memang adik aku. 
Alasan2 di atas, ialah alasan yang selalu aku guna pakai untuk  bos besar dan mem besar tatkala mereka bertanya kenapa tak buat full. 
Ini adalah sesi aku bermuhasabah diri aku sendiri.




pssstt . . . setiap hari tukar masjid. jelajah semua masjid kat perlis. hais ! berkira sangat kan kalau solat lama, dok menghadap muka buku, menghadap belog berjam2 tak berkira pulak kan. capieQah capieQah. ish3! (-.-)



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

27 00 orang sedang berbuenO:

Adam Idris said...

biaselah tu
tu belum pilih masjid / surau
mana yang panas, tak panas
yang karpet sedap,
yang x ramai
hehe

✿ cik pieQa ✿ said...

Adam Idris : hehehe ! macam2 ada :)

Unknown said...

bulan ni jer kan ad solat taraweh, so sme2 kite buat selagi mampu.hehe

Chachos Cheezy Wedges said...

hahahaha... best!!

✿ cik pieQa ✿ said...

amer : hehe ! betol3! jgn tiru cam pieQa, terawih pon nak memilih imam kan. hiihi~

✿ cik pieQa ✿ said...

Chacos Cheezy Wedges : hehe adakah kita serupa?

Wanie said...

hehe..kat tmpt wanie imam bace panjang tp cpt je abes sbb die tak zikir dah..

✿ cik pieQa ✿ said...

wanie : mesti sedap bacaan nye dgn lagu sebb tu cpat habis kan.

siti aesyah said...

hurmm...azam eisya thun nie xmo tinggl2 terawih selagi termampu..agpun dekat maktab eisya nie die wat 8 rakaat jer...hehehe

~ shana ~ said...

huhu..same la...nk solat terawih pun kene tgk imam dulu..huhu

cik ungu said...

wahai dik non.


kalau g taraweh, dengar bacaannya. jangan ingat mi goreng di rumah.


kalau nak g taraweh tp imam tak hensem, dan nafsu bertaraweh terus padam, sila bertahan dan jemaahlah isyak bersama.

kerana yang wajib itu gandakanlah ia.

sekian segmen tazkirah harini.

Nini Hartini said...

akak x sure ada cara mudah atau tak.tp akk dwload kt sini-

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/city-hunter/

yana-feehily said...

hehehe..sama la kita. mmg memilih imam jgk ^^

suichi said...

imam laju pilihan hatiku...hehehe...

✿ cik pieQa ✿ said...

Siti Aisyah : hehe ! moga azam eisya thn ni tercapai :)

Shana : hehe ! kan kan kan. memilih imam yang baca sedap2. ;p

Cik Ungu : hehehhehe ! stuju sangat2 dgn ustajah ungu. tazkirah paling best :)

✿ cik pieQa ✿ said...

Nini Hartini : thanks kak nini :) pieQa dah stat mnontOn online.

Kakngah : hehe ! udah mesti dah kan, dari kolej lagi kita ni gitu kan kan :)

Suichi : hehe ! 2x8 ;p

Chachos Cheezy Wedges said...

ade laa sket.. haha.. xnk ngaku nie...

✿ cik pieQa ✿ said...

cheezy wedges : kaber line ye. baek ngaku, cepat cepat. heehee ~ ;)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Thn ni sedihlah x dpt nk buat solat terawih..hubby keja mlm..lg pun xde org jaga Qis..rasa rugi plak..

iPai said...

hihi .. comel je ..

sama laa .. tp takleh nak lari .. sebab tuan besar yg drive kete konfirm buat penuh .. jadi layankan saja

Connecting With My Own Soul said...

haha. biasa lah tu. alasan tu pun saya selalu buat. :P

misyamissyou said...

haha..betul2..tp buat la ape yg mampu..skali setahun je.. :)

✿ cik pieQa ✿ said...

LiLy @ MumMyQiStInA : alala. takpe kak, leh ajak Qis terawih sama2 kat umah ;)


Ipai : hehe dats why pieQa pi sendiri. kalau pi dengan tuan besar, memang takde choice. hik3 ;p

✿ cik pieQa ✿ said...

difficult easy. : euw ! gimme five hehe ! serupa la kita kan ;)

misyamissyou : a'ah kan. betol3. bukan selalu kita nk jupa trawih nie kan :)

Wadi AR said...

bese la zmn sekarang

hanafijaafar said...

benda paling best kalau dapat istiqamah tarawikh setiap malam...bukan awal2 ramadhan je semangat.. dah ujung2 ramadhan ramai sibuk buat kuih raya.

✿ cik pieQa ✿ said...

Wadi AR : a'ah zaman skrg beasa, zaman dulu kala luar beasa .

Hanafi Jaafar : hehe! dulu aku smyg trawih selalu kat lua. 10 malam terakhir nie, lega dpt solat dalam kena acOnd. sebb orang dah tak ramai. lengang betol. agaknya sebok adun kueh kot macik2 tu kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...