02 September 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Sape Tau?

Nak kata aku tua sangat tidak. nak kat aku muda sangat pon tidak. sebab kalau kawen pon, aku dah boleh melahirkan baby baby yang cOmel-comel macam aku. 
tak cOmel pon? oke takpe,aku terima penuh redha.

kalau tengok kawan-kawan, sepupu sepapat yang sebaya-baya aku,most of them bila muncul nya raya akan mula mengerah tenaga mengumpul wang ringgit untuk di bagi-bagi kepada golongan pemangsa duet raya. bila tiba hari raya, tangan diorang, beg diorang penuh dengan sampul-sampul warna warni sampai semak mata aku memandang *statement jeles*. 

aku ? steady je. baju raya pon paw duet mama abah. 
duet raya pulak, serius! aku tak harap pon nak kutep2 duet raya bila dah sampai umur maced nie.

kalau nak mengharap pon, mengharap dari mama abah aku je la. tapi itula yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape tau kan. raya kali ni nak taknak mengharap, dekat tiga ratus jugak duet raya aku dapat.

kenapa?
terkejut?

aku pon terkejut kera jugak. 
yela umur aku nie sepatutnya dah kena menyumbang duet raya bukan terima duet raya. 

itula untung adik ramai. pegi beraya umah sedara mara, adik2 aku Q up nak salam sekaligus meng'collect' sampul raya, aku pun tak terkecuali dapat sampul. malu tu jangan tanyala. bila di bagi nye duet raya, sambil buat muka ayu lagi maced, aku tolak baek-baek.

"eh, tak payah la. bagi adik-adik je. kalong tak payah la,dah besar pon, malu je. hehe!" 
tapi dalam hati, wang bosar wang bOsar.

oh ! berbunga nya hati tatkala mereka berkata,

"ala amik la, lagi tak kawen tak keje memang kena dapat duet raya. nanti kalong dah kawen dah keje tak dapat dah duwet raya."

euuuwww ! kembang kempis hidung aku. menjeling je adik-adik aku, diorang penat beratur, aku lak yang dapat lebih. muhahahaha *gelak evil*

bertuah kan aku. lagi besar lagi banyak lak dapat duet raya. best best best ! raya panjang lagi nie, sesape nak bagi duwet raya, masih dialu-alukan. kecik tapak kaki, satu padang bola aku tadah.



psssttt . . . duwet raya asik habis dekat makanan, sehari lepas tu buang lak masuk jamban. huh !





thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

8 00 orang sedang berbuenO:

cik ungu said...

tiga ratus....

hmm...
cukup tu..cukup.


cukuplah 3ringgit utk kamu.

dua ratus semilan ploh tujoh hengget tu sila bank in kat orang sini ok. mekasehhh.

aku said...

duit buang dlm jamban?jamban mane tu?hahaha

ShErA said...

banyaknya dapat duit raya... best betul macam ni...

afzalsukasuki said...

3ratus?ni ada pakai pape ilmu ke hape?ke ada pakai toyol?haha

✿ cik pieQa ✿ said...

@cik ungu : ekeke !
boleh bha kalau kau.
tapi duwet dah masuk jamban.
sila pegi amik. hehehe !

✿ cik pieQa ✿ said...

@aku : hehe !
yela, asik beli makan je.
masuk perut lepas tu jadi emas.
esOk melabur masuk jamban

✿ cik pieQa ✿ said...

@ShErA : hehe ! tak disangka2.
muka pengemis menjadi raya tahun nie

✿ cik pieQa ✿ said...

@afzalsukasuki : takde sampai tiga rat , hampir2.
tak payah toyol, beratur je ngn bebudak kompom dapat. kekeeke !
hehe ! tOtal duwet raya mama abah bagi dah 150.
saki baki tu hasil dari muka ala2 pengemis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...