06 September 2011

Kerja Suci Di Penghujung Cuti

Histeria histeria ! 

rasa nak cabut batang hidung dan semua gigi kemudian simpan dalam almari dan esok pasang balik.

pejam tak celik-celik, tinggal seminggu je lagi saat suka tiada duka bersama mak bapak tercinta. minggu depan dah kena fly balik ke tempat tumpahnya derita aku. 

para para pelajar yang dah bekukan otak selama 4 bulan dah mula cairkan otak untuk lompat masuk ke semester baru. para para sakura pelajar yang bertuah memiliki tulang yang ringan dah berhenti bekerja memerah keringat dan mula bersenang lenang di rumah membetulkan sendi-sendi yang beasanya tegak berdiri sepanjang tempoh cuti 4 bulan nie.

tinggal aku je yang tunggang terbalik, tak tentu mana ekor mana pula kepala. tatkala orang sibuk bekerja, aku sibuk bersuka ria memajukan kilang taek mata. dan bila orang sibuk bersenang lenang sambil bersedia untuk balik ke kampus, aku baru nak terketar-ketar pegi bekerja. 

bunyi macam gila tapi itu realitinya. hari ni aku stat kerja. tiba-tiba guru besar tempat aku kerja dulu, mintak aku gantikan cikgu bersalin. lagi gempak tu, aku tolong ganti untuk 5 hari je. 5 hari tu untuk kukuhkan bebudak UPSR dalam minggu terakhir nie.

so sepanjang 5 hari ni aku akan berusaha keras menjadi guru yang berdedikasi dan bukan guru yang
basi, oke!

sepanjang 5 hari ni juga, kebarangkalian untuk anak tekak aku tercabut keluar dan leher aku patah terkulai juga adalah tinggi. sebabnya aku bukan je kepong bebudak darjah 6, tapi juga bebudak darjah 1. bebudak darjah 6 takde masalah, diorang sedang dalam dilema takut akan raksasa bernama UPSR so diorang patuh dan taat je kat aku. yang letihnya bebudak darjah 1.

aku tak tau ape ramuan sebenar susu bayi zaman sekarang sehingga menjadikan kanak2 alaf baru ni terlebih hyper. aku suruh buka buku, diorang ajak aku maen. nasib baek korang comel dan korang kata aku "cekgu comel"

haha! mau koyak rabak kaen yang aku pakai tadi. 

nak muntah? pegi muntah jauh2 jangan nak muntah2 kat sini. 

dengan ukuran kemetot mereka juga buat aku menderita sakit tulang belakang dan leher sebab terpaksa tunduk bila nak berkomunikasi dengan diorang.

tapi, apa-apa pon , aku ENJOY ! *sambil angkat tangan ala-ala nora danish punya style*

muka eksaited nak pegi mengajar. spesis mulut itik.
what ?? menjengkelkan ? oke, terima kasih. 

Psssstttt . . . tido sepanjang perjalann ke sekolah, dan sambung pejam kan mata secara tidak sengaja masa assembly sebab dah beasa majukan kilang taek mata setiap pagi.



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

3 00 orang sedang berbuenO:

syafiqakarim said...

hahah da ercabut blom anak tekak lu bagai?haha

IEQAH said...

haii cikgu CHOMEL..hehe
mmg keje suci :)

*rainyscream* said...

ahahaha..jadi cikgu sementara ke? bagus2. ajar anak murid tu, join main plak..ahaha.nice~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...