10 September 2011

Bezanya Kesah Tunang Zaman Dulu Dengan Kesah Tunang Zaman Sekarang


bertunang tak semestinya syok, tak semestinya bahagia bagai nak gila, paling penting tak seharusnya nak kena heboh satu dunia. brtunang ni pon leh jugak buat si gadis-gadis zaman dulu-dulu menderita, terseksa, terkelua air mata.

most of para gadis zaman dulu kala, senang nak paham golongan nenek-nenek kita dan mak-mak kita la, bertunang dan kawen bukan atas dasar cinta, tapi dah memang ditentukan oleh moyang-moyang kita. takde kapel-kapel , dating-mating, tau-tau je dah sampai rombongan merisik sambil belajar dari incik teruna. kalau yang lebih malang *biasanya ni untuk golongan lambat pickup*, rombongan tu dah balik, baru dia tau matlamat hala tuju rombongan cik kiah yang datang tadi.

"Rapeah, kamu tahu tak, sape datang tadi. itula rombongan meminang. diorang dah berkenan sangat dengan kamu. diorang dah stuju nak tunangkan kamu dengan anak diorang, si Awang."

Awang? 
sape Awang?
sah-sah si gadis terkejut beawak air, silap-silap tersedak lalu pengsan. mau tak pengsan, awang pon dia tak tau sape. jangan kata bulu idong, bulu kaki si Awang tu pon tak pernah Rafeah tengok.

cik gadis memang tak de pilihan. 1 je yang boleh dipilih-terima! tak kira la gemok ke si lelaki tu, tampan macam sampan ke, harus terima. menolak? itu adalah derhaka ! kalau nasib tak baek, harus dinyahkan dek family terchenta. jangan mimpi nak bela diri ye, Rapeah. semua dah ditentukan.

Tapi zaman sekarang lain beb lain. bab bertunang tak perlu paksa-paksa, tak perlu pasrah-pasrah. keputusan mutlak dh jatuh ke tangan si anak, bukan lagi kat ibu dan bapak. nak tunang dengan sape, kau carik sendiri. ibu bapak hilang kuasa veto. ibu sama bapak hanya perlu tunggu berita untuk pegi meminang atau terima pinangan.

see! dah tunggeng terbalik kan. dulu-dulu,orang tua-tua yan bincang-bincang, masuk meminang dulu baru bagitau kat si anak. tapi sekarang si anak bincang sndiri dengan buah hati, dua-dua ngam, baru bgtau kat ibu sama bapak. 

zaman dulu, si gadis tak kenal pon incik lelaki. tapi tau-tau dah ditunang2kan.

zaman sekarang, open beb. nak tunang, mesti kenal dulu. nak chenta2 dulu. lepas tu balik rumah bagtau ibu sama bapak, esok buah hati nak datang meminang. dan paling tak ketahuan kepala dan ekor bila ibu sama bapak pulak yang tak ada pilihan - mesti terima ! 

see ! dulu, si Rapeah tak terima pinangan Awang,harus dinyahkan dari rumah. tapi sekarang kalau ibu sama bapak tak trima, si gadis sendiri yang bungkus segala baju lari dari rumah ikut si buah hati.


zaman dulu-dulu kalau dah bertunang, harus lah mengahadap bermacam2 pantang-larang. . .

tak boleh jumpa lama, kononya orang bertunang darah manis. *patutla banyak vampire*

Rapeah tak boleh asik nak keluar rumah, takut nanti timbul fitnah. 

Kau Rapeah, tak boleh jerit-jerit, melelak-lalak tak tentu pasal, takut nanti orang kampung kata , Rapeah sewel nak kawen. 

jalan kena hati-hati, takut terobek dara. blurp! 

tidur tak boleh menonggeng, takut perut masuk angin. 

tidur terlentang pon tak boleh ! takut jin hempap. haha ! memang kurang belaja la jin tu maen hempap2 lak kan.

tapi zaman sekarang, betunang takde pantang larang,oke.

boleh berjumpa berdating lepas tunang. gaya dah macam laki bini.

boleh je pegi tengok wayang.

pegi berkhemah dalam hutan bersama.

pegi pra honeymoon ke pulau langkawi. 

zaman sekarang , muda mudi dan tuwa tuwi, guna alasan tunang sebagai lesen untuk kelua mana-mana dan bila-bila masa. 

disebabkan susah nak kelua waktu bertunang, Rapeah akan berdebar-debar tak keruan tunggu malam pertama. berdebar-debar pikirkan rupa si Awang.
malam pertama? tiba-tiba aku terbayang sesuatu dan mula rasa syok sendiri. sila tampar aku laju-laju jika korang tanak aku melalut lebih jauh.

Rapeah si pengantin perempuan menjerit-jerit malam pertama bila tengok si Awang bebulu lebat di dada mengalahkan bapak gorilla. ada jugak yang maen polis entry sepanjang malam. si Awang merayu-rayu, Rapeah malu-malu tapi mahu. dush ! jangan kau mengada-ngada imagine Awang dan Rapeah untuk part seterusnya.

tapi yang mengkagumkan, sekali je perkahwinan berlangsung, diorang akan terus hidup bahagia. walaupun hanya bertemu di malam pertama, tapi cinta yang tumbuh lepas tu tulus mulus lulus lalu kekal forever sampai ke hari nie.

tapi, zaman sekarang yang bercinta sakan sebelum tunang dan kawen pulak belum tentu bertahan lama. agaknya cinta diorang tak tulus tapi fulus. itu pasal ada yang jari masih merah dgn inai pon boleh bercerai dan berai. mintak simpang !


Pssssttttt . . . tunang ni adat je. tak semestinya tak tunang tak boleh kawen kan kan. . . berdoa selalu agar chenta aku dan dia kekal foreber. ameeen ^_^




thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

23 00 orang sedang berbuenO:

Hafizin Jamil said...

agak2 ada ke orang nak tunang dengan aku..haha

Unknown said...

smoga jodoh korang bkekalan hehe

kotak bulat said...

hehehe.. xmo bertunang la..kawin terus.. :P
bukan main pnjang lagi entri kan... :)

HanTu-ToMYam said...

nak bertunang sekjap je la pas tu xnak kawin...nak nikah je..hehehe

Hello Hello said...

wachaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

sini aku lempang ko laju laju.

semoga chenta ko berkekalan ye ke jinjang pelamin dahn bahagia akhor hayat. kalo ko kawen nanti la.

bertunang ni memang adat je. kadang anak nak nikah segera tapi mak pulak sebok nak jugak tunang asing tarikh. kan membazir namanya tu.

Rean said...

zaman dah berubah kan, tp klau zaman sekarang mak ayah buat mcmtu dulu, mmg haru biru family tu..so mak ayah terpaksa akur..

Unknown said...

sebab tula bila bertunang ni org tua cakap darah manis... sebabnya ada yg tanduk dua nak goda kita bila berduaan...

Elih Japahar said...

Zaman sekarang mmg jauh berbeza! mak bapak aku berkahwin tapi tak kenal..tapi kasih sayang lebih power dr kahwin zaman skrg ni..sbb tu sy ikut mana awek dorang suka, sy kahwin lah haha :)

cik ungu said...

pernah bertunang.

padan muka sendiri.

Memory said...

zaman sekarang ni kalau mak ayah tak setuju ada sampai sanggup kawin lari...

nuranne said...

bertunang xbaik lama2. byk dugaannya. tp orang skrg suka sgt dgn status tunang, tu yg bertunang bertahun-tahun.

Dkna Abza said...

semoga pertunangan yang diikat akan berkekalan hingga akhir hayat

Wadi AR said...

hamboiihh. langkah bendol nampak. kau nak tunang ajak aku.

Chachos Cheezy Wedges said...

bertunang tuh elok tp jgn lama2... tuh je... hahaha!!

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

semoga berkekalan ye :)

semutsengal said...

Err,

tunang takyah lelama. Sekian.

✿ cik pieQa ✿ said...

errr.

tidak tidak tidak.

berlaku kesalah fahaman.

entri je pasal tunang, bukan aku nak bertunang.

ehek.

adoi.

m said...

yang penting niat dan jaga diri bila dah jadi tunangan orang =) xperlu hebah2.

[sutera kasih] said...

beza nikmat bercinta sebelum dan selepas nikah :')

Niena Muhammad said...

darah manis tu camne ye....... rsa manis x?

asfira aminuddin said...

betul la babe. tapi zaman skarang trend dah camtu. kan ;)

Asyila Zainuddin said...

hmmm... belum nk tunang lagi.. haha.. calon pun takde..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...