30 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

semakin dekat , semakin dekat , semakin bergegar segala organ dalaman aku. 
tak sabar menanti kehadirannya. sehari je lagi Ramadhan akan datang. 
Ramadhan yang dah lama tinggalkan kita, akan datang kembali bersama jutaan hikmah dan fadhilah. 
Bak kata pepatah, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi dan ketiadaannya senantiasa dirindui. 

Hebatkan Ramadhan. 

teringat masa sekolah rendah dulu, zaman di mana hingus menjadi sahabat baik ku, sentiasa bersama tak kira di mana aku berada, mengalir tanpa henti. 
pang ! makan penampar selaju 800km/j. amik ko pengotor sangat kan.

aku sekolah campur2. tak faham campur-campur? senang cerita, sekolah 1 Malaysia. ada Aminah, ada Siew Lan, ada Deevagari , ada Ranjit Singh. anak buah Thak Sin pun ada, tapi dalam golongan minoriti la. 

Penah 1 hari di bulan puasa, si Deevagari tanya aku, 
"hei, kamu tidak rasa nak mati kah tidak makan satu hari?"

"bulan puasa, memang tak boleh makan. hampa pon ada jugak posa kan,samala macam kami"
sambil mengesat air liur yang meleleh tatkala melihat daging burger di tangan Deevagari.

"tapi kami puasa makan juga, cuma kami tidak makan daging. itu saja, kamu sampai makan tidak minum pon tidak" 
banyak songeh pulak si Deevagari ni kan.

"puasa best tau". Sambil tayang muka penuh keangkuhan.

"yaka? apa yang kamu kata best. kalau saya tidak dapat makan satu hari, saya mati. best kah itu macam" 
Hais ada jugak mulut yang nak kena sumbat dgn lidi daging burger.

Dengan penuh eksaited dan educated aku bagitau dia keseronokan puasa masa tu. . .

1. kami dapat duet kalau kami puasa. *nape bila aku dah besar aku dah tak dapat upah lagi*  Deshiiaaw! menerima satu tendangan padu

2. ada banyak makanan. mama kami masak sedap-sedap.

3. boleh pegi pasar teap2 hari dan beli air tebu.

4. kami tak takut dah nak pi kencing buang air kecik malam2 sebab bulan puasa hantu takdak suma kena ikat.

5. kami boleh main aci cup , maen sembunyi2 kat masjid waktu pi terawih.

6. kami boleh maen bunga api. kalau takdak puasa mana ada bunga api.

7. kami dapat baju baru, sebab bila habis puasa boleh raya. kalau takdak puasa, takdak la raya kami. 

8. kami dapat banyakk duet. duet upah puasa + duet raya. kaya kaya kaya.

Indah kan pengertian ramadhan aku dikala aku kanak2.
*sigh* 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tapi lagi indah perngertian ramadhan bagi aku setelah aku dewasa. 
ape yang indahnya Ramadhan di kotak pikiran aku ?

1. Ramadhan yang datang sentiasa menyejukkan hati dan membuka pintu taubat untuk aku.

2. Datangnya Ramadhan lebih mendekatkan diri aku pada ALLAH dengan penuh keikhlasan.

3. Ramadhan mengajar aku erti kesabaran. sabar dalam mengawal segala hawa nafsu yang selalu beraja di hati aku. apesal tetiba pandang sinis kat aku. nafsu yang selalu beraja di hati aku ialah nafsu MAKAN oke. sila jangan melencong ke kiri.

4. Datangnya malam LailatulQadar yang penuh dengan rahsia yang hanya ada di bulan Ramadhan. Inilah malam terindah yang selalu kita coba untuk dapatkannya. Subhanallah !

5. kita berpuasa di bulan Ramadhan, meaning dat kita melakukan apa yang disuruh olehNya dan tinggal benda yang tak elok , otomatiknya dosa kita diampunkan. Insya Allah.

6. Dengan zikir dan munajat yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan, akan terbina mahligai indah untuk kita di Syurga. Subhanallah !

7. Dan , takde hantu bulan puasa, dapat duwet raya , beli baju raya di bulan Ramadhan. ideologi itu masih membontoti aku walaupun sehingga aku dewasa. hehehe !

Pang ! Pang ! Pang ! tamparan berlipat ganda yang masing2 nya mempunyai kelajuan 1000km/j aku terima sekaligus mematikan angan2 aku untuk memiliki 5 pasang baju raya dan selonggok duet raya . 

Akhir kata penutup bicara, Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak. 
Niat puasa jangan lupa pulak tau. kalau lupa, meh sini aku nak ajarkan. .





[sesi sedekah pahala]
Psssstttt . . .  ambOi jiran sebelah aku dah mula sibuk buang perabot lama nak ganti dengan perabot baru. semangat betol kau macik Limah. Pose dah habis ganti keerrr . . . ? teeeetttss !



thanks for reading ! jangan malu-malu nak komen tau (◕‿-)

20 00 orang sedang berbuenO:

Acik said...

selamat menyambut ramadhan. selamat mengganti perabot baru ... ops, itu jiran ko ... silap, silap!
:)

cikal ananda said...

Selamat menunaika ibadah puasa ya,,,..

Wanie said...

haha..lebih kurang la..kecik2 tau yang seronok je..bile dah besar baru tau pengertian bulan puasa ni..

selamat berpuasa..:)

✿ cik pieQa ✿ said...

acik : hehe ! melampau tu teap kali raya tukar prabot. hik3!

ananda : selamat2 :)

wanie : hehe! tu la kan kan. camat berpuasa jugak utk wani :)

sekamar rindu said...

salam...

selamat menyambut ramadhan yg mulia..

✿ cik pieQa ✿ said...

sekamar rindu : wassalam. slmt mnyambut Ramadhan untk awak jugak :)

hamzah ian said...

selamat pose ye.. kejap je mase kan,, huhu

✿ cik pieQa ✿ said...

hamzah ian : itula, pejam celik dah jupa balik Ramadhan :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak..
moga kita sama2 mendpt keberkatan dariNYA..

Unknown said...

nice entry.s;mat berpuasa

Mr.Superman said...

hahaha..pengertian masa zmn hingusan mmg best :D alasan puasa nk dpt upah,nk mkn buka sdp2.


slmt berpuasa pieqa.. ;)

Daddylicious said...

puasa dengan sepenuh hari yer...hehe

✿ cik pieQa ✿ said...

mummy Qis : amiiin. i'Allah. rily hope so :)

✿ cik pieQa ✿ said...

@Amir Aizat : selamat berpose mer :)

@Abang Stalker : hehe ! tak dapat upah tanak pose kan. selamat berpuasa :)

@Bigdaddyz : I'Allah :)

Connecting With My Own Soul said...

semakin membesar badan, semakin matang akal. bagus! :)

first time datang sini. menarik! jemput datang kalau lapang. :D

http://difficulteasy.blogspot.com

✿ cik pieQa ✿ said...

difficult easy : welcome here :) hehe itu la pandangan dan fikiran berubah sejajar dgn tumbesaran . kikikkiki ;p

Khuzrin Kamarudin said...

Ramdhan meninggalkan kenangan... :)

WieyaRaudzi ♡ said...

selamat melakukan ibadah di bulan puasa Ramadhan al-kareem :)

Hagemaru said...

syukur kepada Allah swt kerana dpt jupa dgn ramadhan kali ini.

✿ cik pieQa ✿ said...

Khuzrin : kenangan terindah :)

Dawia : selamat menjalani ibadah puasa :)

Hagemaru : kan kan. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia utk menikmati bulan mulia ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...