Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.
[Hadith riwayat al-Nasaai]
Berdebarnya hati ini menanti-nanti kedatangan bulan yang mulia, bulan yang dirahmati, bulan yang selalu kita rindui bulan Ramadhan. Bulan yang disediakan Yang Maha Esa untuk hamba-hambanya dimana segala amalan dilipat ganda, bulan dimana kita bebas dari godaan syaitan, juga bulan dimana peluang untuk kita memperbaiki diri terbuka luas. Subhanallah, besarnya rahmat bulan Ramadan hingga setiap detik Ramadan ingin aku isi sebaiknya.
Datangnya Ramadhan mengingatkan aku pada arwah wan yang tersayang yang pergi bertemu Penciptanya sebelum sempat menyambut Ramadhan bersama. Pilunya hati ini tatkala orang lain gembira menyambut Ramadhan, aku sambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang penuh kehibaan. Terlintas sejenak di benak fikiranku, bila-bila masa saja ajal akan datang menjemputku jua untuk bertemu Yang Maha Pencipta dan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terakhir buatku.
Seandainya Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terakhir buat ku, aku akan berusaha untuk meniti titian Ramadhan ini dengan penuh rasa cinta kepada Kekasih ku Allah SWT. Tiada lagi kealpaan yang akan cuba untuk menggangu rohani dan jasmani ku. Akan aku titipkan rasa penuh keikhlasan untuk tunduk dan sujud kehadapanNya.
Jika Ramadhan yang ku lalui sebelum ini penuh dengan kekurangan, kealpaan , calitan-calitan dosa, maka Ramadhan mendatang yang bakal aku tempuhi hanya akan aku penuhi dengan amal kebaikan sebagai persediaan melengkapkan bekalan aku menemui Yang Maha Esa di sana nanti.
Tiada lagi kemewahan yang aku kejar, tiada lagi yang perlu aku lebih-lebihkan. Yang ada hanyalah rasa penuh kesyukuran atas nikmat yang telah Allah berikan iaitu peluang untuk aku bernafas di muka bumi ini.
Andai Ramadhan sebelum ini aku isi dengan keseronokan dunia, tapi kini tiada lagi. Malam ku akan aku isi dengan bertarawih , Qiamulail , dan bertaubat sepenuhnya. Sesungguhnya dosa yang pernah aku lakukan tak terhitung banyaknya.
Hanya satu yang aku impikan di penghujung Ramadhan ini, iaitu Lailatul Qadar. Akan aku buru Lailatul Qadar buat kali yang terakhir. Insya ALLAH.
Aku hanya lah hamba Allah yang lemah yang sering terleka menikmati keindahan dunia yang hanya sementara. Namun aku masih mampu untuk berusaha meminta belas pengampunan dari Nya.
10 00 orang sedang berbuenO:
X sabar rasenye nak tunggu ramadhan tba... 2 lah ayu pown kadang2 tfikir mungkin ini ramadhan yang terakhir... sedih n sayu pulak...pasal bear 2 pieqa boleh ambik sbb die utk sume orang...:)
Rohayu : erm sedih kan kalu memikirkn ini ramadhan yang terakhir. harap2 ramadhan kali ni lebih bermakna dari yang sebelum ni. salam ramadhan ye ayu :)
hehe ! tenkiu2.
ramadhan oh ramadhan
choki pun tak sabar menunggu ramadhan
semoga ramadhan kali nie lebih bermakna buat kita
:)
InsyaAllah. sama2 kita jadikan Ramadhan kali ini lebih bermkna dr yang sbeelumnya :)
tabah menanti ramadan..harap dapat dipertemukan dengan ramadhan
insya ALLAH. semoga kita dipanjangkan umur untuk kembali bertemu bulan yang mulia itu :)
terima kaseh diatas ingatn..harap ramadan kali nie lebih baek drpd yg sblm2 nie~
my pleasure .
sharing is caring kan :)
amiin . harap2 camtu la ^_^
sama2 kita hayati ramadhan kali ini...
ainunqalbi menziarah.. juga join segmen ni
ainun : Insya Allah :)
Post a Comment